Siapa yang tak kenal dengan seorang pemuda yang dikenali “Abang Viva” kerana usahanya membantu mangsa banjir yang melanda negara dari penghujung tahun 2021 sehingga tahun ini di merata tempat.
Abang Viva Sanggup Berkorban Tenaga & Masa Membantu Mangsa Banjir
Abang Viva atau nama sebenar beliau Azwan Omar merupakan antara senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Kemunculan beliau menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan menggunakan apa sahaja yang dimiliki walaupun tidak mempunyai peralatan lengkap untuk membantu.
Dengan kereta Viva yang dimilikinya, beliau sanggup merentasi daerah bahkan negeri untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan. Bermula dari Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang, baru-baru ini.
Untuk pengetahuan anda, beliau mengikat bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju lokasi banjir berbekal wang RM50 diberikan oleh ibunya manakala RM20 bagi mengisi minyak bot dan baki RM30 untuk makanan buat mengalas perut. Begitulah kegigihan yang beliau miliki.
“Ini jujur saya cakap, saya hanya berbekalkan RM50, dengan RM50 itu saya beli minyak untuk bot RM20, dan RM30 saya guna untuk beli makanan seperti roti dan air untuk alas perut,”
Keikhlasan dan pengorbanan beliau ke sana ke mari bagi membantu mangsa banjir akhirnya terbayar dengan anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang diberikan kepada beliau oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, Melaka.
1. Azwan Omar, a man who drove from Melaka to Shah Alam to rescue flood victims, has gone viral online.
He drove with a boat tied to the roof of his Perodua Viva.
Azwan told FMT, he applied for emergency leave and arrived in Shah Alam with only RM50.
🎥: Taufiq Najib/Twitter https://t.co/vKMVvts23t pic.twitter.com/qjHTh3fIqd
— BFM News (@NewsBFM) December 23, 2021
BACA JUGA: Elak Terkena Scam, Ini Cara Buang Peranti Tidak Dikenali Daripada Bank 0nline Anda
Semua Hasil Kutipan Diserahkan Pada Mangsa Banjir
Apabila telah viral, abang Viva menerima banyak sumbangan untuk dirinya kerana beliau membantu mangsa banjir hanya menggunakan barang yang dimilikinya bersama duit poket RM50.
Walaubagaimanapun, semuanya disalurkan kepada mangsa banjir.
“Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun, saya pun tak minta untuk jadi ‘viral’ sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua.”
“Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir.”
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.