Bayi Masih Ada Tali Pusat Berjaya Diselamatkan Hasil Tindakan Pantas 4 Orang Pelajar!

Sungguh menyedihkan. Satu video Tik Tok yang telah dimuat naik semula oleh @Twt_TgMalim di Twitter memaparkan mengenai seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat dijumpai tanpa ibu atau ayahnya di hadapan sebuah kedai. 

Kejadian tersebut terjadi di Taman Bahtera Tanjung Malim, Perak. 

Walaupun Dikerumuni Lalat, Bayi Tersebut Masih Hidup

Ceritanya bermula apabila salah seorang rakan daripada 4 pelajar yang bekerja di sebuah kedai melihat seorang b4yi yang ditinggalkan bersendirian di hadapan kedai tersebut. B4yi tersebut diletakkan di atas sebuah kerusi dan diselimuti dengan kain.

Lalu, dia pun menelefon rakan-rakannya yang lain. Apabila rakan-rakannya sampai, mereka terus menelefon talian kecemasan 999 dan tidak melihat ada sesiapa di kawasan itu. 

bayi dibuang 2

Mereka melihat bayi tersebut sudah dikerumuni lalat dan menyangka b4yi tersebut sudah meninggal dunia. 

“Waktu kami sampai, baby ini dihurung lalat dan kami ingat dia dah meninggal”

Namun, apabila mereka cuba duduk dekat bayi tersebut, bayi tersebut bergerak dan menyebabkan mereka terkejut. Ternyata bayi tersebut masih lagi hidup!

“Kami lagi terkejut apabila baby ini masih hidup dan bergerak bila kami duduk dekat”

Terdapat Darah Yang Masih Basah Dan Tali Pusat Belum Dipotong

Mereka mendapati bayi tersebut masih mempunyai tali pusat tetapi badannya sudah mula kebiruan. Badan b4yi tersebut pun masih lagi mempunyai kotoran bekas air ketuban. Selain itu, terdapat juga darah yang masih basah melekat pada bayi itu. 

Ini jelas menunjukkan b4yi tersebut memang baru sahaja dilahirkan tidak sampai beberapa jam yang lalu sebelum dijumpai. 

Mereka turut dibantu oleh seorang pemandu bas UPSI yang kebetulan berada di kawasan tersebut sementara menunggu pihak berwajib datang. 

BACA JUGA: [Vide0] Tersentuh! Pelajar India Suap Rakan Sindrom Down Makan Penuh Kesabaran

Hanya Mampu Selimutkan Sementara Menunggu 

bayi dibuang

Mereka hanya mampu menyelimutkan bayi tersebut sementara menunggu kerana takut menganggu bahan bukti selain memang tidak tahu nak buat apa. 

15 minit kemudian, pihak polis dan felo kawasan pun tiba. Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba bersama dua orang jururawat dan terus memeriksa keadaan bayi tersebut. 

Jururawat tersebut menepuk nepuk belakang bayi itu agar dia menangis bagi memudahkan pernafasan. Keadaan bayi didapati sangat lemah dan dihydrated (kekurangan air). 

Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Untuk makluman, bayi tersebut juga sudah memiliki keluarga angkat yang sudi menjaganya. Syukur. 

Laporan polis telah dibuat oleh pemilik kedai dan pihak polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran.

Netizen Merayu Jangan Ada Yang Buat Macamni Kalau Tak Nak Anak

“Ya Allah. Marah and sedih. Mcm2 rasa. Mesti kesejukkan, kelaparan baby tu. Tak kisah la apa punca, kalau sbb haram guna otak la before nak sedap tu. Kalau sbb tak mampu, planning well. Kalau dah terpaksa, letak kat tempat yg sepatutnya. Bkn letak mcmni plsss. I beg everyone 😭🥺”

“Sedihnya rasa.. tengok tangan dia gerak macam menggapai2 lagi remuk rasa hati.. sampainya hati yang buang tu 😭”

“Semoga tuhan memberkati serta membalas jasa budi kalian berempat”

“Please la jangan buang baby macam ni. Kalau betul tak nak pun pegi lah letak di Baby Hatch. They’re millions of married couples that still haven’t given the opportunity to have baby but u here just dump the baby like that. Even wanna dump them, just put it in a proper place la”

 

Sumber: Twitter 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!