Sanggup Buat Part-time Jadi Badut, Demi Beli Makanan Kucing Jalanan – Mulianya H4timu Wanta

Pada masa kini, ramai yang suka buat kerja sambilan atau part-time untuk menambah pendapatan demi keselesaan diri. Namun, untuk wanita ini pula, tujuan beliau melakukan part-time sangat mengagumkan sesiapa yang mengetahuinya. 

Puan Nazirah Abd Rahman, atau lebih mesra dikenali dengan nama Mama Pinky adalah merupakan seorang perunding kecantikan. Walaubagaimanapun, beliau sanggup buat part time dengan menjadi badut agar dapat memberi kucing jalanan makan. Setiap hujung minggu, beliau akan  berulang alik dari Batu Gajah & Ipoh untuk menjadi badut di sebuah kafe. Mulia sungguh hati beliau!

badut

BACA JUGA: Video Suka Duka Khairul Aming Selama 10 Tahun, Jadi Inspirasi Anak Muda – Kejayaan Datang Tak Mudah

Jadi Badut Hujung Minggu Untuk Beli Makanan Kucing

Beliau mempunyai lebih daripada 50 ekor kucing jalanan di rumahnya namun, demi kasihnya kepada kucing jalanan, dia sanggup mengisi hujung minggu dengan bekerja agar mempunyai wang ebihan untuk sang bulu jalanan.

Hasil kerja sambilan menjadi badut, beliau akan membelikan makanan untuk kucing-kucing jalanan yang dijumpainya dan kucing-kucing yang telah beliau kutip. Duit tersebut juga digunakan untuk membayar bil rawatan sekiranya kucing itu sakit.

badut

Anak-anak beliau juga seringkali membawa pulang kucing jalanan yang sakit untuk dirawat di rumah & membawa pulang kucing yang sudah mati untuk dikebumikan. Hal ini kerana, beliau menerapkan nilai ihsan dan kasih sayang sesama makhluk walaupun kucing itu adalah haiwan. 

Inilah sebenarnya heroin kucing yang patut kita banggakan. Semoga beliau dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan amal yang diterima.

badut

Kredit: MalayMail

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!