Video Suka Duka Khairul Aming Selama 10 Tahun, Jadi Inspirasi Anak Muda – Kejayaan Datang Tak Mudah

Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman adalah merupakan seorang influencer atau selebriti masakan media sosial yang sangat terkenal di Malaysia. Beliau mempunyai 3.5M pengikut di Instagram dan juga, 1.2M pengikut di Twitter. Wow!

Siapa je yang tak kenal Khairul Aming kan? Video masakan beliau telah ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Terkenal dengan tagline, ‘hey whatsup guys’, ramai pengikut yang sering ternanti-nanti video masakan yang kreatif daripada beliau terutamanya pada bulan ramadhan. 

khairul aming

BACA JUGA: Dulu Ratu Rock, Kini Bergelar Usahawan Berjaya. Jana RM 100,000 Sebulan Dengan Cili.

Khairul Aming, Inspirasi Anak Muda

Kini, beliau juga adalah merupakan usahawan sambal yang berjaya. Produk sambal Nyet beliau telah mencapai hasil jualan jutaan ringgit dan seringkali habis dalam tempoh beberapa minit sahaja selepas stok dikemaskini. Bahkan, sehingga kini ramai yang masih mencuba nasib  untuk ‘berebut’ membeli produk sambal beliau melalui platform Shopee. 

Beliau telah memuat naik satu video istimewa sempena ulang tahun beliau yang ke-30 pada 25 September 2022 ini. Video istimewa tersebut memaparkan perjalanan suka duka beliau selama 10 tahun, bermula daripada umur 20 tahun sehinggalah umur yang ke-30 tahun. 

“Today is my 30th birthday. finally dah masuk 3-series I buat video ni untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dgn macam-macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey”

Cerita Pengalaman Suka Duka 10 Tahun, Ramai Yang Terinspirasi!

Berikut ialah perjalanan hidup Khairu Aming:-

Pada umur 20 tahun beliau telah berada di tahun kedua melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang ditaja oleh biasiswa di Amerika Syarikat. 

Umur 21 tahun, beliau mengumpul duit untuk membeli kamera DSLR yang pertama dan mempelajari banyak perkara mengenai videografi (yang mana beliau aplikasikan dalam pembikinan video masak beliau). Dengan kamera DSLR itu juga beliau telah memenangi tempat pertama dalam sebuah pertandingan video travel di USA. Di usia ini juga beliau dilantik sebagai presiden persatuan pelajar Malaysia di sana. 

khairul aming

Beliau berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan pada umur 22 tahun dengan cgpa 3.75 dan mendapat anugerah dekan untuk semua semester. 

Beliau pulang ke tanah air pada umur 23 tahun dan bekerja dalam bidang oil & gas. Setahun selepas itu, beliau bertukar kerjaya daripada bidang kejuruteraan oil & gas kepada bidang logistik. Banyak pengalaman yang berjaya beliau kutip sepanjang tempoh tersebut. 

25 tahun, beliau mula mencari pendapatan sampingan dengan menjual beberapa produk seperti makanan, baju, resume template, namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya, beliau memutuskan untuk membuat video masak dan memuat naik video tersebut di page facebook ‘RASA POP”. Video-video masakan beliau telah berjaya menarik perhatian ramai dan page tersebut mendapat lebih kurang setengah juta pengikut. 

Kemudian, beliau memutuskan untuk membuat produk sendiri, iaitu sambal King. Namun, tidak berjaya. Beliau kehilangan semua simpanan dan bisnes pun melingkup. Ketika ini, beliau berusia 26 tahun. 

Maka, pada umur 27 tahun beliau bermula kembali dari kosong. Beliau tampil ke media sosial dan mula aktif dengan pelbagai video masak. Pengikut beliau bertambah daripada satu ribu orang kepada jutaan orang. 

Umur 28 tahun, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari bidang oil & gas dan mula serius dalam membuat konten dan juga bisnes sehinggalah kini. Hasil jualan beliau kini telah mencecah lebih 7 juta ringgit. 

Benarlah, hasil tidak akan mengkhianati usaha. Kejayaan tidak datang dengan mudah, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. Apa yang penting, kalau nak jadi macam Khairul Aming, jangan putus asa. Teruskan berusaha!

khairul aming

Sumber:  

Twitter & Instagram Khairul Aming

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Comment

error: Content is protected !!