Nak Men4ngis Susah Cari Tempat Solat, Noorkhiriah Mahu Bina Surau Di Stesen Minyak
Pelakon Noorkhiriah meluahkan hasrat untuk membina sebuah surau kecil di mana-mana stesen minyak yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.
Mahu meninggalkan ‘sesuatu’ sebelum mengh3mbuskan n4fas terakhir, Noorkhiriah berkongsikan perkara itu berikuta sukar mencari surau ketika berada di sebuah lokasi penggambaran.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Noorkhiriah berkata dia seperti mahu menangis kerana tidak berjaya mencari surau berdekatan untuk mendirikan solat namun tidak mended4hkan lokasi tersebut.
“Tolong sesiapa yang tahu ya. Terfikir nak buat begini pasal saya ada penggambaran di satu lokasi. Nak menangis dik, majoriti tak ada surau di stesen minyak. Akhirnya dapat tetapi itupun berebut dengan adik (lelaki) pekerja Grab Food,” katanya.
Noorkhiriah turut meminta pengikutnya jika mereka mengetahui mana-mana stesen minyak yang tidak memiliki kemudahan surau kerana dia mahu membina surau di sekitar kawasan Kuala Lumpur atau berdekatan dengan tempat tinggalnya.
“Setakat surau kecil akak mampulah, yang besar belum. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Saya tak kaya tapi saya nak tinggalkan sesuatu sebelum men1nggal. Moga usaha kecil saya ini Allah permudahkan,” luahnya.
Perkongsian pelakon itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang berkongsikan maklumat kepadanya. Malah, ada yang meluahkan hasrat utnuk menyalurkan dana untuk kemudahan tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Rotikaya