Pernah Dihina Mak Ex Rumah Macam Kandang, Gadis Comeback ‘Bina’ Banglo Sendiri
Saban hari, kisah sesebuah hubungan yang retak gara-gara sikap ‘toxic’ bakal mentua bukan lagi perkara mengejutkan. Adakalanya ia tercetus gara-gara perbezaan taraf tidak kiralah dari segi pekerjaan mahupun tempat tinggal. Oleh itu, tidak hairanlah jika isu ini mampu merosakkan hajat seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga.
Dihina rumah macam kandang kambing…bukan marah cuma terkilan
Nasib sama turut dialami oleh gadis dikenali sebagai eytamin ini apabila berkongsikan kisah perjalanan hidupnya yang penuh berliku. Menerusi hantaran di laman TikTok, dia sebelum ini pernah ditinggalkan oleh teman lelaki kerana tidak direstui oleh bakal ibu mentua gara-gara terlalu miskin. Malah, rumahnya turut dihina oleh wanita tersebut selepas mengelarkan ia sebagai kandang kambing.
Lumrah manusia suka pandang asal usul dan harta seseorang…tahniah sis, disebalik ujian ada rahmat
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat semangat gadis tersebut untuk comeback selepas dihina. Malah, perkongsian itu juga sempat menjadi inspirasi buat orang ramai untuk tidak putus asa dalam mengejar impian masing-masing.
Alhamdulillah dapat duduk rumah sendiri…buktikan bukan nak tumpang kekayaan awak mak cik
Selepas berbulan-bulan memendam rasa kecewa, gadis berkenaan mula berfikir ke hadapan dan bangkit untuk menunjukkan kemampuan diri. Siapa sangka, dia akhirnya berjaya membina sebuah rumah banglo hasil titik peluh selama bertahun-tahun. Malah, kejayaan itu juga sebagai bukti dirinya bukanlah individu yang mahu menumpang kekayaan seseorang semata-mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit: TikTok eytamin