Walaupun Bukan Anaknya, Monyet Ini Tetap Menyusukan An4k Kucing Itu

Walaupun Bukan Anaknya, Monyet Ini Tetap Menyusukan Anak Kucing Itu ~ Kasih sayang seorang ibu tiada batasnya. Sebagai ibu, beliau akan melakukan apa sahaja demi anak-anaknya walaupun terpaksa berkorban. Naluri sebagai seorang ibu akan menyebabkan seseorang itu bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang demi anak-anaknya. 

Untuk pengetahuan anda, naluri sebagai ibu ini bukan sahaja terpakai untuk manusia, tetapi haiwan juga. Walaupun seekor haiwan, monyet ini mempunyai naluri sebagai ibu sama seperti manusia. 

Monyet Susukan Anak Kucing

Dalam sebuah video ringkas yang dimuat naik oleh Dunia Haiwan Malaysia, monyet tersebut dilihat seperti sedang menyusukan seekor anak kucing. Ia memeluk anak kucing itu seperti anaknya sendiri. Manakala, anak kucing tersebut pulak sedang asyik menyusu. 

Video ringkas 0.34 saat itu berjaya mendapat tontonan lebih 2 juta orang dan tanda suka serta dikongsikan di pelbagai platform. 

Naluri keibuan monyet tersebut mengatasi segalanya, walaupun ia mengetahui itu bukan anaknya namun dia tetap menyusukannya. Rasa kasih dan sayangnya walau berbeza spesies boleh dijadikan inspirasi oleh manusia agar sentiasa berkasih sayang tanpa mengira perbezaan. 

monyet

Dalam ruangan komen, ramai warganet yang turut memberikan komen positif memuji tindakan monyet tersebut dan merasa sebak melihat situasi tersebut. 

BACA JUGA: Baru Nak Ambik Satu, Tiba-tiba Banyak Pulak Meow Yang Keluar Dari Semak – Alahai, Tak Mampu N4k Ambik Semua

Komen Warganet

“Walaupun ia seekor binatang tapi ada rasa kasih syg dan perikemanusiaan. manusia yg punya perasaan ada juga yg tidak punyai sifat timbang rasa di antara satu dgn yg lain.”

“Allahuakhbar,sedih tengok kan,sedangkan binatang pn pandai beri kasih sayang tetapi ada setengah manusia yg tidak ada rasa kasih sayang Allahuakbar”

“Sedih dan sayu erti kasih sayang yg sepatutnya dalam kita sebagai manusia, binatang tak reti buang anak sesuka hati kasih sayang terlalu kuat tenggok muka nya”

“Subhanallah…. haiwan pun ada rasa sayang walaupun bukan anaknya”

“Haiwan pun mempunyai sifat ehsan … hebatnya ciptaan Allah SWT”

‘Sifat penyayang & kasih ibu pada anak walaupun berlainan..allahu..sedihnya”

“Pada manusia yg buang anak atau dera anak lihat lah betapa sayang nye ibu nyet ni pada anak kucing walaupun bkn ank nya”

“Bintang pun tahu sayang kan anak..walau pun tu bukan anak dia..inikan manusia yang suka buang anak..masih ramai yang dah lama menanti cahaya mata tapi masih belum ada rezeki lagi”

monyet

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!