Rakyat Malaysia mana tak gembira “Bila ada Graduan Malaysia gonol pingat akademik tertinggi di AS”

Rakyat Malaysia mana tak gembira “Bila ada Graduan Malaysia gonol pingat akademik tertinggi di AS”

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti luar negara berjaya memperoleh pingat Phi Kappa Phi atas pencapaian akademik tertinggi menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar beberapa tahun berturut-turut.

Menurut graduan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik, Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat (AS), Irdina Shahriman, 24, keputusan itu diperoleh berkat usahanya yang bersungguh-sungguh sepanjang tiga tahun belajar di sana.

Penerima biasiswa Yayasan Tenaga Nasional itu meraih keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 atau juga digelar ‘4 flat’ secara konsisten dari 2018 hingga 2021.

“Paling penting, saya ambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas saya, yang benar-benar meningkatkan pemahaman saya tentang perkara itu,” katanya kepada StarEdu, baru-baru ini.

“Saya bukan seorang ‘genius’ secara semula jadi, jadi saya bekerja keras dengan mengambil nota dengan tekun dan tidak ponteng kelas.

Menceritakan pengalamannya belajar di VT berbeza sekali jika dibandingkan dengan universiti tempatan.

Kongsi Irdina, jika ingin berjaya di peringkat pengajian tinggi, pelajar mestilah menghayati proses pembelajaran, di samping, memperbetul niat belajar kemudian terjemah ke dalam tindakan.

“Contoh, ada ketika saya perlu tulis laporan makmal mengikut kesesuaian kerana dimaklumkan bahawa tiada format disediakan.

Difahamkan, sistem pengajian di VT menggalakkan para pelajar termasuk Irdina untuk berfikiran kreatif di luar topik pembelajaran dengan memberikan pendapat masing-masing di kelas.

Beliau juga memaklumkan rata-rata pelajar di fakultinya didominasi oleh golongan lelaki tidak menghalang Irdina untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di sana.

“Sebagai seseorang yang sentiasa bekerja dalam persekitaran yang tersusun, itu mendorong saya keluar dari zon selesa saya,” ujarnya.

Irdina menambah bahawa sistem akademik AS kebiasaannya mempunyai peperiksaan dua kali seminggu sepanjang semester yang memerlukan pelajar untuk konsisten dalam pelajaran

Bagaimanapun, beliau tetap berasa takut ketika melakukan tugasan berbentuk projek kerana sepanjang di VT tidak pernah mempunyai ahli kumpulan perempuan.

“Masa saya dihabiskan bagi menyelesaikan tugasan dan belajar untuk menduduki peperiksaan.

“Beberapa hari, saya terpaksa batalkan rancangan untuk keluar dengan rakan-rakan atau menonton filem terkini baik pada hujung minggu atau hari bekerja.

Pun begitu, Irdina tidak mengabaikan kepentingan menjaga diri kerana beliau juga meluangkan masa untuk beberapa aktiviti kokurikulum.

“Dalam kamus hidup saya tiada masa untuk berlengah-lengah,” katanya.

Sepanjang di VT, Irdina tidur lapan jam sehari, bersenam, dan jamah makanan yang dimasak di rumah.

Irdina menasihati para pelajar yang bercita-cita tinggi untuk percaya pada kemampuan diri kerana setiap orang mempunyai kekuatan dan kebolehan yang tersendiri.

Beliau percaya seseorang akan menjadi lebih produktif jika mengekalkan kesihatan fizikal dan mental pada tahap optimum.

Sumber: Sinar Bestari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!