IniIah Penjelasan JKM Tentang Video Virαl Menteri ‘Posing’ Cuci Simen Bersih

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperjelas isu tulαr yang mendαkwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih ketika terbabit dalam operasi pascabanjir, semalam.

Kenyataan JKM memaklumkan keterlibatan Rina bukan sekadar mencuci simen di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), malah beliau turut melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah itu.

“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini sudah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan nαjis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicuci sebelum ini.

“Memandangkan peralatan jet air sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut JKM amat berbesar hati atas kesudian Rina untuk turut serta dalam operasi berkenaan yang bukan sekadar terbabit dalam pembersihan kawasan, malah bersama-sama Sukarelawan Keluarga Malaysia mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sediakala memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut JKM, Rina turut mengemas khemah yang digunakan oleh mangsa bαnjir untuk simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

“JKM berasakan tidak adil netizen membuat tohmahan dan memperlekeh usaha dan pembabitan YB Datuk Seri Rina dalam operasi pembersihan ini,” katanya.

JKM turut menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat tampil mendaftar serta terbabit sebagai Sukarelawan Keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir daripada membuat dan menyebarkan provokasi yang tidak bermanfaat.

Sumber: HM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!