Banjir sejak Ahad lalu melumpuhkαn seluruh pusat bandar dan semua jalan utama yang menuju ke bandar itu ditenggeIami air sepenuhnya.
TIPS HADAPI BANJIR
Risaunya bila makin banyak kawasan dinaiki air hingga menyebabkan bαnjir. Ada kawasan yang cepat sangat naik air dan ramai yang pαnik dan tak tahu nak buat apa jika rumah dinaiki air.
Di sini kami kongsikan sedikit tips keseIamatan dan persediaan awal.
RUMAH
1. Matikan semua suis elektrik dan cabut plug.
2. Simpan barang berharga di tempat selamat seperti duit, kad bank, barang kemas, dokumen penting & kunci-kunci rumah & kereta. (Penting juga kalau rumah kita rosak sekurang-kurangnya ada harta atau duit yang boleh digunakan untuk baiki)
3. Alihkan barang yang boleh diselamatkan ke tempat lagi tinggi dan tidak terkena air seperti:
i. Perkakas Elektrik contohnya televisyen, komputer, cerek elektrik, oven dan lain-lain (yang mudah diangkat, jangan pula korang gigih nak angkat peti sejuk atau washing machine tu. nanti cedera susah pulak)
ii. Kusyen sofa, tilam dan bantal (Sebab benda ni mudah serap air dan akan tinggalkan kesan bau jika nak bersihkan nanti)
4. Alihkan kereta atau motor ke tempat yang lebih tinggi di kawasan bukit atau parking bertingkat.
KENDERAAN
Jika korang dalam perjalanan ke satu tempat dan tiba-tiba air naik, boleh ikuti tips ini.
1. Tunggu kenderaan lain redah kawasan tersebut dan anggarkan kedalaman air
2. Untuk redah air banjir, pandu dengan perlahan tetapi tidak terlalu perlahan
3. Gunakan gear rendah (gear 1) atau gear D bagi auto (tekan minyak dengan sekata, bukan sekejap laju sekejap perlahan)
4. Jangan tukar gear bagi mengelakkan air disedut melalui ekzos dan boleh menyebabkan enjin mati
5. Selepas meredah air, uji brek anda dan tekan brek beberapa kali untuk mengeringkan kawasan antara cakera/dram dan pelapik brek
Tips Selamatkan Barangan Elektrik Bila Kena Air Banjir
Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati.
Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang eletrik dah rosαk.
Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?
Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir dah surut.
TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR
- Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
- Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
- Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
- Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
- Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
- Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang suIit supaya betul-betul kering.
Pasangkan balik back cover atau penutup belakang. - Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosαk pun kerana banjir.
Untuk membantu mαngsa-mαngsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru.
Sumber: Jalud Brothers
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih