Memang Begitulah Hati Nurani Kita,Walau Bapa Sudah B3rcerai Dengan Ibunya Anak Tetap Beri Hadiah Tanda Terima Kasih
Jodoh itu ketentuan Tuhan. Sehebat mana pun kita merancang kalau Tuhan tak izinkan, tak jadi juga. Begitulah juga alam perkahwinan, jika ditakdirkan jodoh tidak panjang akan berakhir jua di pertengahan jalan.
Baru-baru ini seorang gadis berkongsi kisah sedih tentang ibu dan bapanya yang sudah tidak sehaluan lagi, namun ia sama sekali tidak memvtuskan ikatan kasih sayang si anak.
‘Parents’ b3rpisah, dah lama tak jumpa bapa
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, gadis dikenali sebagai @a.blqis itu menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang anak yang berasal dari ‘brok3n family’.
Jelasnya, kini dia tinggal bersama ibu dan sudah lama tidak bertemu dengan bapa kandungnya.
Hadiahkan jambangan bunga sempena Hari Bapa
Bagaimanapun, gadis itu dilihat mengirim sejambak bunga untuk ayahnya bersempena Hari Bapa yang disambut di seluruh dunia beberapa hari lepas.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila dia turut menyelitkan rakaman memperlihatkan bapanya tersenyum gembira saat menerima hadiah istimewa daripada anank tercinta.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata mereka berasa terharu dan sedih tatkala menyaksikan video itu.
Dalam pada itu, ramai juga yang memberi kata-kata semangat dan mengakui turut berkongsi pengalaman yang sama seperti gadis itu.
Sudah baca artikel ini?jangan lupa like dan share ya.Terima kasih.
Sumber:ohmymedia.cc