Mungkin Ini ujian Yang Allah Beri Pada Kamu Dik,Kita Saling Tolong Adik Ni Ya
Sememangnya ramai yang terkesan dengan pandemik dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Hampir dua tahun kita disaran duduk di rumah dan pengoperasian beberapa sektor terpaksa dihadkan.
Banyak juga perniagaan yang mulai merundum sehingga jatuh bankrup dan perlu membuat catuan dalam berbelanja serta makan.
Tular status di Twitter
Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang pengguna media sosial berkenaan yang menggunakan nama akaun @babyshirt21 telah mengambil keputusan menjual baju-bajunya, isteri dan anak apabila tidak lagi mempunyai pendapatan.
Terpaksa jual baju sendiri, anak dan isteri
Menerusi perkongsian yang dibuat kepada Mstar setelah dihubungi portal tersebut, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Karim (bukan nama sebenar) itu memaklumkan terpaksa berbuat demikian setelah kedai makan yang dibuka sejak tiga tahun lalu terpaksa ‘bungkus’ kerana PKP.
Dia yang bakal menimang cahaya mata kedua buntu dan mengambil keputusan untuk menjual baju-baju mereka anak-beranak.
“Pada asalnya saya nak jual sofa dan meja makan di rumah. Tapi melihat isteri yang sedang hamil dan perlukan keselesaan berada di rumah, saya tak sampai hati.”
“Jadi, saya ambil keputusan untuk menjual baju-baju terpakai kami anak beranak… baju saya, isteri dan seorang anak perempuan berusia setahun enam bulan.”
“Benar, bukan baju-baju bundle (terpakai) milik orang. Tapi yang saya jual tu adalah baju-baju kami sendiri, yang masih elok untuk dipakai,” katanya.
Letak harga mahal pada hari pertama kerana terdesak
Karim juga memaklumkan dia terpaksa meletakkan harga yang agak tinggi pada awalnya memandangkan sangat terdesak untuk mendapatkan pendapatan.
“Pada hari pertama, saya letak harga setinggi RM40 dan serendah RM15. Saya tahu baju-baju tu adalah second hand dan bukan saya sengaja letak semahal itu.”
“Tapi saya terdesak sebab tak banyak baju kami untuk dijual. Alhamdulillah kira-kira 10 helai terjual pada hari pertama.”jelasnya.
Kini, dia telahpun mengurangkan harga baju-baju terpakai itu dan dijual setinggi RM20 sahaja pada hari kedua.
Minta maaf tak dapat terima bantuan duit
Pemuda berusia 29 tahun itu sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi membeli baju-bajunya. Namun, dia meminta maaf kepada mereka yang murah hati mahu menghulurkan bantuan duit kerana tidak dapat menerimanya.
Menurut Karim, dia merupakan ketua keluarga dan masih mampu berusaha untuk kehidupan keluarga dan berharap mempunyai rezeki di luar sana.
Mengakhiri perbualan tersebut, pemuda berkenaan sempat memaklumkan yang dia pernah menghubungi talian hotline untuk meluah perasaan namun kian bersemangat semula selepas baju-baju dijualnya mempunyai pembeli.
Dia bercadang mahu memjadi reseller produk makanan secara atas talian selepas ini dan berharap agar ada pihak sudi menawarkan peluang tersebut kepadanya.
Sudah baca artikel ini?Jangan lupa untuk like dan share ya.Terima kasih.
Sumber:ohmymedia.cc