Pesakit Ini Memainkan Biola Semasa Pakar Bedah Membuang Tumor Di 0taknya!

Seorang pesakit di King’s College Hospital di London dirakam sedang  bermain biola manakala pakar bedah berusaha mengeluarkan tumor daripada otaknya. 

Bermain Biola Untuk Membantu Prosedur 

Sebenarnya, pendekatan luar biasa ini telah diambil bagi memastikan kawasan otak pesakit yang bertanggungjawab untuk pergerakan dan koordinasi tangan yang halus (komponen penting semasa bermain biola) tidak rosak secara tidak sengaja semasa prosedur mengeluarkan tumor ini dilakukan. 

Pesakit tersebut dikenali sebagai Dagmar Turner, 53, telah didiagnosis pada 2013 dengan glioma gred 2 (pertumbuhan perlahan) yang besar selepas mengalami sawan. Pada mulanya, beliau menjalani biopsi dan kemudian radioterapi di hospital pakar tempatnya untuk mengelakkan tumor membesar. 

Namun, pada musim luruh 2019,  tumor tersebut telah membesar dan menjadi lebih agresif. Sehubungan itu, Pakar Perunding Neurosurgeon di King’s College Hospital memberi saranan agar tumor tersebut segera dibuang. 

BACA JUGA: Terlalu Penat Bersenam Punca Wanita Ini Meningg4l Dunia!

Takut Kehilangan Keupayaan Untuk Bermain Biola

biola

Untuk pengetahuan anda, beliau adalah merupakan seorang pemain biola yang terkenal dan aktif membuat persembahan di pelbagai tempat. 

Tumor Dagmar terletak di lobus hadapan kanan otaknya, berhampiran dengan kawasan yang mengawal pergerakan halus tangan kirinya. 

Penggunaan tangan ini dengan tepat dan mahir adalah penting untuk bermain biola kerana jari-jari mengawal panjang tali dengan memegangnya pada papan jari, menghasilkan pitch yang berbeza. 

Selepas menjelaskan kebimbangannya kerana kehilangan keupayaan bermain biola, Prof Ashkan dan pasukan pembedahan saraf di King’s membuat satu rancangan. 

Dagmar Dibangunkan Semasa Prosedur Untuk Bermain Biola

Sebelum pembedahan Dagmar, doktor pakar tersebut menghabiskan masa selama dua jam untuk memetakan otak Dagmar dengan teliti bagi mengenal pasti kawasan yang aktif semasa dia bermain biola. 

Mereka juga berbincang dengan Dagmar idea untuk membangunkannya pada pertengahan prosedur supaya dia boleh bermain. Ini akan memastikan pakar bedah tidak merosakkan mana-mana bahagian penting otak yang mengawal pergerakan tangan Dagmar yang halus khususnya semasa memainkan alat itu. 

Dengan persetujuannya, sepasukan pakar bedah, pakar bius dan ahli terapi terus merancang prosedur itu dengan teliti.

Semasa operasi Prof Ashkan dan pasukan melakukan kraniotomi (pembukaan pada tengkorak) dan Dagmar diberikan ubat bius. Dia bermain biola semasa tumornya dikeluarkan, sambil dipantau rapi oleh pakar bius dan ahli terapi.

“Kami tahu betapa pentingnya biola kepada Dagmar jadi adalah penting untuk kami mengekalkan fungsi di kawasan halus otaknya yang membolehkannya bermain. Kami berjaya mengeluarkan lebih 90 peratus tumor, termasuk semua kawasan yang mencurigakan aktiviti agresif, sambil mengekalkan fungsi penuh di tangan kirinya.”

Tiga hari selepas prosedur itu Dagmar cukup sihat untuk pulang ke rumah kepada suami dan anaknya. Dia akan terus dipantau oleh hospital tempatnya untuk sebarang rawatan susulan. 

Penjelasan Doktor Hezry (Neurosurgeon) Melalui Twitter 

“When a tumor is close to vital parts of the brain e.g. controls hand movement, this is how we determine if we are damaging that part during surgery.

Awake but painless, patient is asked to do a task/talk (depend on area of brain). If they suddenly stop, u know u are doing damage.

This is very advanced type of surgery where patient may be awake thru out surgery, or put to sleep but woken up later for the important parts.

A trained Neuro-Anaesthetist (dr bius) & Neurologist (dr saraf) is needed during surgery, therefore only 2-3 places in Malaysia can do it.

The scalp & brain coverings have pain receptor, but the brain itself does not.

Anaesthetics are injected into scalp & nerves to numb the area without putting patient to sleep so that their brain function can be tested.

Easier said then done, truly amazing to see it in real life.”

Sumber: https://www.kch.nhs.uk/news/public/news/view/31290 ,Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!