Dulu kurus dan tidak dipandang, transformasi terkini kucing ini buat ramai teruja

Melihat sesuatu yang comel boleh menyebabkan otak manusia mengaktifkan sistem mesocorticolimbic yang kemudiannya membuatkan seseorang merasa gembira. Kucing merupakan antara perkara yang comel. Kita akan menjadi mudah tertarik untuk melihat kucing yang comel dan adakalanya kita akan berasa geram sehingga ingin mencium, memeluk dan meramas kucing!


Walaupun bukan semua kucing dilahirkan dengan fizikal yang comel dan gebu, ada juga segelintir kucing jalanan khususnya yang berada dalam keadaan tidak terurus namun masih berjaya menambat hati para pencinta haiwan. Begitulah nasib yang dilalui oleh kucing liar ini apabila keadaannya telah mencuri perhatian seorang wanita.


Menurut wanita tersebut, ketika dia berjalan ke arah keretanya untuk pulang ke rumah, dia telah mendengar tangisan anak kucing. Wanita ini cuba untuk mengetahui apa yang berlaku dan telah terlihat seekor kucing jalanan yang sangat kurus. Sebaik sahaja didekati wanita ini, kucing berkenaan langsung tidak melarikan diri sebaliknya terus bergolek dan menunjukkan sisinya yang manja.

Simpati dengan keadaan kucing tersebut, wanita ini kemudiannya mengambil keputusan untuk memelihara anak kucing itu. Di rumah, terdapat seekor lagi kucing yang turut dipelihara oleh wanita terbabit. Apa yang lebih menggembirakan adalah apabila melihat kedua-dua kucing tersebut berjaya menyesuaikan diri dan terus membentuk hubungan yang akrab.

Semakin hari, kucing ini kelihatan semakin membesar dan terdapat perubahan yang ketara pada bentuk fizikalnya. Kucing ini bukan sahaja kelihatan bersih dan sihat tetapi kucing ini juga kelihatan sangat ceria dengan kehidupan barunya. Jika dibandingkan dengan rupanya ketika hidup liar dahulu dengan rupa terkini, pasti ramai yang tidak menyangka kucing tersebut boleh berubah menjadi seekor kucing yang sangat cantik persis kucing yang turun dari kayangan!

“Semakin lama, kucing ini menjadi semakin cantik dan saya berasa sangat bertuah. Nasib baik saya tidak memikirkan penampilan kucing ini ketika pertama kali menemuinya”.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: EB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!