Mulakan dengan pisau plastik main masak-masak di dapur, ibu kongsi petua pupuk minat anak kecil makin mahir memasak
Apa-apapun sebelum hendak memuji anak-anak orang lain, kita perlu melihat didikan ibu bapanya. Bak kata pepatah, ‘Hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Didikan ibu bapa terhadap anak-anak semenjak mereka kecil sudah semestinya amat penting, untuk menentukan sahsiah dan tingkah laku mereka ketika dewasa.
Maka itu yang telah dilakukan seorang ibu dan netizen dikenali Nurul Nazireen Khazali yang berkongsi di Facebook ketika memberi petua bagaimana beliau memupuk minat anak lelakinya yang masih kecil untuk suka ke dapur dan membantunya memasak sejak kecil.
Menerusi perkongsian itu, Nurul mendidik anak lelakinya Syazwi atau lebih mesra dikenali sebagai cef cilik dengan panggilan Chef Wi untuk suka memasak seawal usianya yang baru memasuki 2 tahun 6 bulan.
Menerusi gambar yang dimuat naik bersama posting Nurul Nazireen di laman Facebook, anak kecil ini dilihat turut membantu ibunya dalam menyediakan bahan seperti memotong sayur, mengisar bahan dan tidak kekok menggunakan blender, mixer, pisau kecil dan peralatan dapur yang lain.
Nurul Nazireen berkongsi petua serta pengalamannya bagaimana beliau mendidik Syazwi di dapur ketika melakukan aktiviti memasak bersama-sama, yang seperti berikut:
1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahay4
Ketika berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, percikan minyak dan air panas serta pelbagai bahaya lain. Sentiasa awasi anak anda dengan jangan alpa.
2. Sediakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau peralatan yang sesuai dengan usia anak.
Untuk kerusi memasak Syazwi, Nurul berkata beliau membelinya di Instagram: @dinamitoys
3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibu bapa mesti lebih arif dan lebih mempercayai keupayaan anak mereka sendiri ketika memberi alatan yang sesuai.
Mulakan dengan pisau plastik. Jika anak sudah pandai mengawal pisau baru yang boleh ditukar kepada peringkat lebih ‘advance’, maka ibu bapa boleh lakukannya dengan berhati-hati dan memerhatikan mereka. Di sini, Syazwi @ Chef Wi menggunakan pisau dari IKEA.
4. Jangan paksa anak sekiranya mereka tidak berminat untuk memasak.
Di sini, Syazwi sememangnya sejak kecil berminat untuk membantu ibunya di dapur. Katanya lagi, Syazwi terasa sangat dihargai apabila ibunya memanggil untuk memasak dan dia dengan sukarela mahu turut serta membantu ibu di dapur.
5. Aktiviti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan.
Antara kebaikan anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak adalah mereka akan mempelajari benda baru dalam mengasah kemahiran mereka untuk hidup dengan lebih berdikari kelak.
Selain itu, anak-anak boleh mengenali nama bahan-bahan di dapur, sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan mentah lain yang digunakan.
Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan supaya mereka tidak manja dan kekok ketika berada di dapur setelah dewasa.
Anak-anak sudah tentu gemar menerokai alam baru dan mencuba melakukan pelbagai perkara baru di sepanjang peringkat usia mereka membesar, dan kemahiran memasak merupakan salah satu perkara menarik yang boleh mereka cuba.
Sebagai ibu bapa, anda perlu yakin dan percaya dengan keupayaan anak-anak dan berilah sepenuh sokongan sekiranya mereka menunjukkan minat ke arah apa jua perkara yang boleh menjadi satu kemahiran atau bakat yang berguna buat diri mereka kelak setelah dewasa.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: EB