Setiap kanak-kanak menginginkan waktu untuk mereka bermain dan juga belajar di sekolah. Namun, keadaan kewangan keluarga yang terhad menyebabkan ramai kanak-kanak terpaksa mengorbankan masa kecil mereka dengan mencari wang. Mereka perlu berdikari sendiri dan membantu ibu bapa mereka bagi mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup.
Kanak-Kanak Tertidur Sambil Berjualan
Nampaknya, begitulah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak ini seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di media sosial. Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok (@deylahabib94) dan dimuat naik semula oleh pelbagai platform.
Kanak-kanak ctersebut sanggup bersusah payah di jalanan dan menjual buah mangga bagi membantu ekonomi keluarganya. Dalam rakaman tersebut, jualan mangganya tidak laku kerana hujan turun dengan lebatnya.
Apa yang menyayat hati lagi adalah, ketika berjualan mangga, kanak-kanak tersebut dilihat sedang tertidur bersama jualannya. Dia berdiri di tengah-tengah penghadang jalan (dalam parit) dan tertidur lena beralaskan lengannya, manakala payungnya dibiarkan bersandar di tepi parit untuk melindunginya daripada hujan.
Aduhai anak, sungguh perit perjuanganmu membantu keluarga. Orang awam yang melihatnya merasa kasihan dan cuba membangunkan kanak-kanak tersebut.
“Dia tidur di tengah-tengah penghalang jalan dalam hujan. Semoga Allah permudahkan untuk kamu dan keluarga kamu,” kata pemilik video tersebut.
Komen Warganet
“Allahuakbar mudah mudahan kelak kamu sukses nak.. boleh lebih baik lagi.”
“Ya Allah, menangis tengok adik ni… Bila saya call tanya mak dia kat mana, dia cakap mak dia ada tapi dia jemput adik dia…”
Apa-apa pun semoga adik ini dan semua kanak-kanak diseluruh dunia mendapat hak mereka yang sepatutnya. Semoga mereka dilindungi sentiasa dan apabila besar kelak, menjadi insan yang berguna.
Sumber: INSTAGRAM
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.