Aksi berani si Meow duduk atas tudung Bibik. Alamak, ini yang terjadi selepas Bibik tahu.

Aksi berani si Meow duduk atas tudung Bibik. Alamak, ini yang terjadi selepas Bibik tahu.

Si bulus atau kucing antara gelagat yang sering menghiburkan warga TikTok dengan perangainya. Ada yang suka buat hal, mempunyai perangai yang selamba dan manja, semuanya membuatkan ramai semakin ‘geram’ dengan haiwan ini.

Kisah pada kali ini juga nampaknya mencetuskan warganet tidak dapat menahan ketawa mereka dengan nasib seorang pengguna TikTok yang mana si comel dengan selamba duduk atas tudung.

Malah di aplikasi tersebut juga, banyak kejadian yang berjaya dirakam oleh pemilik si comel ini yang akhirnya turut mengundang tawa warganet melihatnya.

Malah menjenguk ke ruangan komen, gelagat si comel selamba duduk atas tudung yang sudah digosok ini mengundang warganet juga berkata bahawa hanya kucing sahaja yang boleh melakukan perkara tersebut.

Kejadian itu yang dikongsikan oleh pengguna atas nama, misssadbutfunny yang dengan pantas juga meraih lebih 80,000 tanda suka daripada pengguna TikTok.

“Buang je dia awak, nanti bagitau eh awak buang dia kat mana”

Mana tidaknya, dengan wajah comel si bulus ini sesiapa sahaja yang mampu marah. Dalam pada itu, warganet juga berseloroh di ruang komen dengan ‘ribuan’ respon lucu ditinggalkan ramai.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!