“Pandai Noh Nak Cari Kawan”, Lelaki Panggil Kucing Balik Rupanya Ada Benda Dia Dok Intai.

“Pandai Noh Nak Cari Kawan”, Lelaki Panggil Kucing Balik Rupanya Ada Benda Dia Dok Intai.

Namun apa yang melucukan ialah rupa-rupanya kucing itu sedang sibuk memerhatikan ikan tidak jauh dari kawasan rumahnya itu. Malah netizen turut sama terhibur melihat gaya kucing itu yang kemudian berlari pulang selepas dimarahi pemiliknya itu.

Memang ada masanya pemilik kucing akan meluangkan masa mencari kucing mereka yang tidak tahu untuk pulang ke rumah selepas puas berjalan. Sama macam situasi yang dikongsikan pemilik kucing ini tentang gelagat kucingnya yang perlu dipanggil pulang ke rumah.

Lebih melucukan, kucing itu ditemui sedang duduk di tepi longkang sambil memerhatikan ikan berenang di dalamnya. Malah dia juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila gelagatnya itu kantoi dengan pemiliknya sendiri.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu memberitahu dia mencari kucingnya itu di merata-rata tempat selepas dia tidak pulang ke rumah. Biasanya memang ada kucing yang akan leka bermain sehingga tidak teringat mahu pulang.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu dari kucing tersebut. Malah ada yang berseloroh gayanya itu sama seperti kanak-kanak yang dipanggil pulang ke rumah selepas puas bermain.

Lelaki itu kemudian meminta kucing itu untuk pulang dengan segera di mana kucing itu akhirnya berlari dengan begitu laju menuju ke rumah. Gelagatnya yang begitu pantas berlari ini turut membuatkan netizen ‘geram’ dengan kecomelannya ini.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!