Jenis Daun Termasuk Bunga Kantan, Halia, Serai Semuanya Boleh Frozen. Setahun Pun Elok Lagi
Jenis Daun Termasuk Bunga Kantan, Halia, Serai Semuanya Boleh Frozen. Setahun Pun Elok Lagi. Menjelang hari raya ramai yang akan buat persediaan untuk memasak. Waktu inilah semua jenis daun dan herba untuk buat rendang dan sebagainya sold out.
Kena cari merata kedai baru jumpa. Supaya kejadian ini tak berlaku pada kita tahun ini better bersedia dari awal.
Cari terus hari ini semua jenis daun dan rempah yang nak guna dan simpan kaedah frozen seperti dikongsi oleh Ummi Kalsum Hassian. Petai pun boleh frozen tau.
Jika kebiasaan kita letak air dalam bekas dan masuk bahan yang nak disimpan tapi cara ini lagi mudah. Tak perlu rendam boleh terus simpan. Caranya boleh ikut perkongsian beliau.
Baca lagi di : “Bos Cakap Tak Guna 1 sen… Aku Balik Kampung Tanam Cili Terkejut Raih RM80,000 Semusim…”
Jenis Daun Termasuk Bunga Kantan Semuanya boleh frozen, petai pun boleh!
Sis memang suka frozen kan bahan-bahan masak macam ni. Tahan lama dan tak perlu kerap nak pergi kedai.
Cara dia, basuh semua bahan. Toskan air. Masuk dalam bekas, dan bekukan.
Tujuan toskan air tu sebab senang masa nak ambil tak payah defrost bahan-bahan.
Yang putih-putih tu ice. Mungkin masa tos tu air dia tak betul-betul kering.
Simpan cara ini lagi mudah untuk kita ambil, tak perlu defrost. Boleh terus masuk dalam masakan. Jika nak jimat ruang boleh masukkan dalam plastik saja.
Ini antara daun, herba yang saya ‘frozenkan’.
Baca lagi di : DIY Baja Buah Organik Modal Hanya Rm 2
Daun pandan boleh potong dulu sebelum frozenkan
Daun limau purut- baunya kekal.
Serai potong siap-siap, setahun pun elok lagi kalau simpan cara ini
Halia sebaiknya dikupas dan dipotong dulu sebelum simpan, begitu juga jika lengkuas.
Daun kari, selain dikeringkan boleh juga disejuk beku.
Petai pun boleh frozen ya. Cuma nanti bila dah masak, kerangupannya akan kurang.
Semoga bermanfaat.
Boleh beli mini frezeer macam ni kalau peti ais tak muat. Klik SINI untuk link.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: vanilakismis
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani bangkit