Jangan Biarkan Ada Bilik Kosong Di Rumah Anda, Nanti Ada ‘Bend4’ Yang Menumpang!

“Biasalah dulu itu bilik anak, sekarang anak dah tinggal rumah lain sebab tu bilik kosong”

“Bilik tu bilik stor jarang masuk kecuali ada nak simpan barang”

“Bilik tu saja ja biarkan kosong kalau ada tetamu datang nanti boleh lah menginap kat situ”

Macam macam alasan yang sering kita berikan apabila ada yang tanya kenapa bilik tu kosong. Munasabah je alasannya namun sebaiknya sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, jangan sesekali biarkan ada bilik kosong yang tidak berpenghuni dalam tempoh yang lama. 

Nak tahu kenapa? Teruskan membaca!

BACA JUGA: Bayi Masih Ada Tali Pusat Berjaya Diselamatkan Hasil Tindakan Pantas 4 Orang Pelajar!

Bilik Kosong, Ada ‘Benda’ Yang Nak Menumpang

Berikut adalah sebuah cerita benar yang dialami oleh wanita dikenali sebagai Puan Yuyu.

Menurut beliau, pada mulanya beliau mengalami mimpi aneh disusuli dengan perasaan yang tidak sedap hati selepas mengalami mimpi tersebut. Disebabkan itu, beliau memanggil imam dan sah ada ‘sesuatu’. 

bilik kosong

“Cerita ngeri siang hari. Cerita benar ya 😅 Kat dapur rumah saya ada bilik. Dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu mimpi. Lalu dapur dan ada orang duduk dalam bilik tu. Dalam mimpi tu nampak katil, baju-baju orang tu. Saya pun tegur, eh kemain duduk sini. Sape bagi?

Dia jawab sambil marah; “Dah takde sape duduk sini. Aku nak duduk lah”

Lepas dia cakap gitu. Terus terbangun tidur. Esok nya bila lalu dapur mula meremang. Apehal pulak rasa gini. Terus teringat mimpi. Mula-mula abaikan. Rasa perasaan je kot. Tapi naik seminggu rasa tak sedap.

Tengah masak tiba2 rasa ada orang kat belakang. Panggil imam tengokkan. Memang ada benda menumpang 🤦‍♀️

Lepas kejadian tu panggil orang bersihkan bilik. Buat bilik mainan anak. Tak tutup pintu dah. Hari-hari buka mengaji dalam bilik tu. Bukan bilik tu je. Stor pun kemas habis. Hari-hari buka dan masuk. Takde ape nak buat kat stor pun buka juga. Vacuum atau sapu-sapu bilik.”

bilik kosong

Jangan Biarkan Ada Bilik Kosong Pintu Tertutup

Kesimpulannya. Jangan biarkan bilik kosong dlm rumah. Tak kisah lah letak apapun situ. Tak dapat masuk hari-hari, dapat 2-3 hari sekali masuk bilik tu pun dah ok.

Sumber: Twitter 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!