Alahai Comel Sungguh Gelagat Dua Orang Anak Istimewa Ni! – “Bila dua2 si gendut berjumpa kembar auto jadi kawan”

Kehadiran anak-anak istimewa dalam satu video yang tular menarik perhatian ramai netizen. Video tersebut mendapat lebih daripada 200k tontonan dan dimuat naik semula di pelbagai platform. 

Dalam video tersebut, ia memaparkan dua orang anak istimewa yang saling bertegur sapa dan bermesra seperti sudah lama kenal. Walhal, hakikatnya mereka baru sahaja bertemu di restoran tersebut. Anak-anak istimewa tersebut datang ke restoran tersebut bersama ahli keluarga masing-masing. 

anak istimewa

“MasyaAllah comel nya. Macam dah kenal lama je. Padahal masing masing tak mengenali satu sama lain tu.. Tapi memang betul anak istimewa ni diorang terlalu peramah tau. Kak Pijah pun ada sorang makcik yang macam ni. Rajin dan suka sangat dia layan tetamu. “

BACA JUGA: Aksi Kucing Ini Mencuri Makanan Di Supermarket Akhirnya Kantoi, Namun Rupa-rupanya Ini Y4ng Terjadi

Baru Pertama Kali Bertemu, Gelagat Anak Istimewa Ini Seperti Sudah Lama Kenal

Anak-anak istimewa tersebut dipercayai menghidapi Sindrom Down. Sindrom Down adalah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Individu yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. 

anak istimewa

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut teruja melihat reaksi kedua-dua orang anak istimewa tersebut di dalam video. Mereka membuat aksi dan bersalaman seperti seorang rakan baik yang sudah lama kenal dan baru bertemu. Ahli keluarga masing-masing pun turut tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Mereka berdua juga sempat tangkap gambar bersama. 

Komen Netizen

Masha Allah , makhluk ciptaan Allah yang istimewa”

“Anak saya pun Down syndrome, BFF saya sangat ❤️”

“Allahu, anak syurga. Tentu-tentunya sahabat di syurga juga. Beruntungnya wahai anak istimewa ❤️”

“Anak istimewa👏👏”

“Anak syurga….iringi mak ayah nanti ke syurga insyallah”

“Saya pun ada adik sindrome down.. anak syurga macam ni kalau jumpa sesama dorang walaupun tak kenal memang dorang auto peramah n boleh jd geng terus 🥰”

“After he shake his hand and kiss it the way he wave his hand was funny like there you go and bye 😂😂”

Sumber: TIKTOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!