Tidak semua kucing beruntung, mempunyai tempat tinggal yang selesa, makanan yang cukup dan semuanya serba serbi mencukupi. Ada kucing yang terpaksa mencuri makanan demi meneruskan hidup walaupun risiko untuk dipukul dan didera oleh manusia sangat tinggi.
Kucing Mencuri Makanan Di Sebuah Supermarket
Begitulah yang terjadi kepada seekor kucing ini. Dalam sebuah video yang tular, ia memaparkan aksi kucing tersebut yang sering curi-curi masuk ke sebuah supermarket pada waktu malam apabila tidak ada orang. Tujuannya masuk adalah untuk mencuri makanan.
Setiap waktu pagi, pekerja supermarket tersebut merasa hairan mengapa bungkusan makanan kucing yang disimpan rapi di rak terdapat kesani terkoyak seperti ada ‘seseorang’ yang sengaja berbuat demikian.
BACA JUGA: Amboi, Comel Je Si Bulus Ni Merajuk Bila Orang Ambik Mainan P4tungnya
Apabila menyedari kejadian sedemikian kerap berlaku, mereka membuat keputusan untuk melihat rakaman CCTV yang terletak di dalam supermarket tersebut. Dalam rakaman tersebut, mereka mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh seorang kucing!
Rupa-rupanya…
Berdasarkan rakaman CCTV, kucing tersebut akan masuk pada waktu tengah malam dan terus pergi ke kawasan makanan kucing. Seperti mengetahui dimana ia terletak, kucing tersebut tidak memerlukan masa yang lama untuk menjumpai kawasan makanan kucing tersebut diletak.
Berikutan kejadian tersebut, mereka pun mendapatkan kucing tersebut dan membawanya ke klinik haiwan untuk melakukan pemeriksaan. Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor haiwan, kucing tersebut rupa-rupanya mengandung.Mungkin inilah sebabnya ia mencuri makanan, demi anak dalam kandungannya.
Begitulah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya walaupun ia hanyalah seekor haiwan.
Sumber: INSTAGRAM
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.