Gadis Dilapor M4ut Setelah Lif Dinaikinya Rosak & Tiba-tiba ‘Melonjak’ Sehingga 30 Tingkat

Pihak berkuasa di selatan China dilaporkan sedang menyiasat kematian tragis seorang remaja perempuan yang terbunuh apabila lif yang dinaikinya disyaki rosak sehingga melambung 30 tingkat dan menghentam bahagian atas bangunan sebuah pangsapuri hujung minggu lalu.

Mangsa yang umurnya tidak dinyatakan itu adalah merupakan seorang pelajar sekolah menengah, lapor berita Shanghai, The Paper pada Rabu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat industri dan perdagangan di Zhanjiang menyatakan bahawa penumpang lif itu telah terperangkap di dalam lif tersebut ketika ianya berhenti di antara tingkat pertama dan tingkat bahawa tanah pada jalan 7:39 malam waktu tempatan pada Ahad.

Remaja tersebut sempat menghubungi ahli keluarga dan sejurus selepas itu, seorang pekerja penyelenggaraan terus dihantar ke kawasan residensi Jinhai Bay yang terletak di daerah Chikan itu. Walau bagaimanapun, ketika pekerja tersebut mula membuka pintu secara manual, lif tersebut secara tiba-tiba bergerak naik ke atas dengan laju sehingga menghentam bahagian atas laluan lif tersebut, menurut kenyataan daripada kerajaan pada Isnin.

Gadis tersebut disahkan meninggal dunia setelah dia digegaskan ke sebuah hospital tempatan, tambah kenyataan itu. Punca kematiannya yang tepat masih belum dinyatakan. The Paper menyatakan bahawa penyelamat mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersekat di tingkat 30 itu.

Pihak kerajaan menyatakan bahawa satu jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyiasat kejadian itu, yang dipercayai berlaku gara-gara kerosakan mekanisma brek lif.

Laporan The Paper menyatakan bahawa terdapat 24 lif yang sama jenis seperti dalam kejadian tersebut digunakan di seluruh kawasan perumahan berdekatan. Peralatan tersebut telah digunakan sejak tahun 2014 dan masih lagi dianggap baru.

Penduduk tempatan memberitahu portal tersebut bahawa sudah banyak kali lif tersebut mengalami kerosakan, termasuk tersangkut secara tiba-tiba, namun begitu, kejadian yang serius seperti ini tidak pernah dilaporkan.

 

Sumber: Newsweek

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*