Dugaan masa Raya PKP, Bapa T3rkorban dlm N4has Tidak Sempat lihat Hadiah DiKirim Anak

Kehilangan insan tersayang lebih-lebih lagi bila dalam ambang Syawal ternyata berikan tamparan besar terhadap ahli keluarga yang masih lagi hidup. Begitulah kisah yang dialami oleh Puan Siti Solehah bilamana bapa tercintanya terbabit nahas jalan raya dua hari yang lalu.

Tak terbayang kehilangan ayah menjelang hari raya. Tak tertelan minum air tebu yang sempat dia simpan

Warga emas itu bukan sahaja terkorban dalam keadaan yang tragis, malahan pemilik kenderaan yang melanggarnya juga langsung tidak memohon maaf. Dalam pada itu, wanita ini juga meluahkan tak sampai hati untuk minum air tebu yang terakhir yang sempat disimpan Allahyarham.

Ayah sering tanya. Anak-anak tak balik raya ke?

Tambah Siti solehah lagi. ayahnya sering bertanyakan mengapa anak-anak tidak boleh balik beraya tahun
ini walaupun dia telah diberitahu ada sekatan rentas negeri. Oleh itu, wanita ini berhajat untuk kirimkan

beberapa hadiah juga sekeping nota untuk dibuat pengganti diri. Namun begitu, sayangnya Allahyarham ayahnya tak sempat untuk terima kesemua pemberian tersebut.

35 tahun dia jadi imam. Untuk pertama kalinya tiada laungan takbir dari suara ayah

Sebagai seorang anak, wanita ini mengakui sedih dan terkesan apabila ayahnya itu tidak lagi mengetuai takbir raya pada tahun ini. Justeru itu, dia berharap orang ramai boleh doakan ketabahan mereka sekeluarga dalam menyambut syawal tanpa insan tersayang tahun ini.

Sumber: Facebook Puan Eha, kisahdunia.com

PERHATIAN: Pihak Info Awam tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Info Awam juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

Leave a Comment

error: Content is protected !!