B4nduan Terakhir, Ampunkan kami jika Ini Syawal Terakhir

KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang Syawal sudah tentunya kebanyakan umat Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya, ataupun membuat persiapan seadanya. Namun, menjengah kehidupan di sebalik tirai besi, semua rasa keterujaan itu seperti tidak lagi wujud. Tanpa orang tersayang, baju raya mahupun juadah yang dimasak oleh ibu tercinta, ketibaan hari raya disambut dengan penuh keinsafan.

Penulis berkesempatan ke Penj4ra Kajang untuk bertemu dengan dua b4nduan akhir yang dijatuhi hu kuman g4ntung sampai m4ti atas kesalahan d4dah dan membu nuh. Melangkah masuk saja ke P3njara Kajang, sudah tergambar seribu satu kisah yang bakal penulis ikuti.

Dikenali dengan panggilan Din dan Ramli, masing-masing berusia 43 dan 54 tahun, terlalu banyak kisah hidup yang ingin mereka kongsikan selagi punya kesempatan waktu. Banduan akhir dikenali sebagai Din dan Ramli bersetuju untuk berkongsi pengalaman mereka disebalik tirai besi.

11 tahun ditirai besi

Din berasal dari Johor Bahru dan pernah menjadi penjawat awam suatu ketika dahulu sebelum dia dibuang kerja pada tahun 1995 kerana terlibat dengan d4dah. Tidak habis di situ, dia kemudiannya h4nyut dalam dunia yang disangkakan serba-serbi menyebelahinya, sehinggalah tiba satu ketika, detik hit4m berlaku pada tahun 2004.

Disabitkan atas kes4lahan membu nuh, Din kemudiannya menjadi penghuni tirai besi selama 11 tahun sebelum dijatuhi hu kuman g4ntung sampai m4ti. Tidak tahu bila nafas terakhirnya bakal tiba, setiap masa Din mendekatkan diri kepada yang Maha Esa agar keampunannya diterima atas segala kekhilafan lampaunya. Ketika penulis bertemu Din, riak wajahnya kelihatan tenang meskipun sudah tahu pengakhiran hidupnya di tali g4ntung.

Kali terakhir Din merasa juadah raya hasil air tangan ibunya pada tahun 2004 sebelum dia ditahan pihak berkuasa.
Ketika menceritakan kerinduannya terhadap Allahyarham ibunya, air mata Din gugur tidak dapat menahan sebak rindu yang teramat dalam terhadap orang tercintanya itu.

“Biasanya Syawal di pagi raya, arwah mak buah ketupat, rendang, sambal kacang dan kuah lodeh saya suka.
“Itu yang terakhir dan masakan terakhir saya dapat, saya ingat untuk Syawal itu sahaja. Walaupun terlalu lama tapi tetap ingat masakan ibu. Memang tiada tolok bandingnya,” jelas Din.

Insaf dengan perbuatannya, Din kini berubah kepada insan yang lebih baik sepanjang 11 tahun. Setiap masa, sujud, zikir dan berdoa menjadi rutin harian Din bagi mendapatkan keampunan yang Maha Esa.

tidak sempat berbakti kepada ibu dan ayah

Namun, air matanya tetap gugur mengenang perubahannya itu tidak dapat disaksikan arwah ibu. “Saya memang terasa cukup sedih dan sebenarnya penjara banyak mengajar dan mengubah saya, jadi saya tidak sempat nak tunjuk saya sudah berubah dengan keluarga saya.

“Lebih lagi nak tunjuk dekat arwah mak saya yang saya dah berubah (sambil mengesat mata) …kalau arwah mak masih ada, saya cuma nak cakap, saya nak minta maaf… dan saya dah berubah… dan saya nak berbakti kepada dia,” jelas Din.

Ibunya meningg4l dunia pada tahun 2011, sedangkan Din kekal sebagai penghuni tirai besi. Dalam sebak dan pilu mengenang wajah ibunya, Din tidak pernah lupa pesanan terakhir arwah. “Pesanan arwah mak saya masih ingat sampai sekarang. Arwah mak saya cakap satu hari nanti apa yang mak cakap ni kau akan ingat balik, kau akan sentiasa ingat.\

“Pesan mak saya, apa yang dia buat bukan untuk keburukan tapi untuk kebaikan saya sendiri, tetapi masa itu jiwa saya member0ntak, jadi saya tak endahkan pesan mak,” ujarnya lagi. Namun kesal perbuatannya, hanya doa dapat dititipkan dalam sujudnya terhadap arwah ibu.

ampunkan saya jika ini syawal terakkhir

Meskipun Din seakan-akan sudah tahu pengakhiran hidupnya di tali gantung, namun dia menerimanya dengan redha. Setiap kali ketibaan Syawal, dia sentiasa merasakan inilah kali terakhir dirinya menyambut hari kemenangan umat Islam itu.

“Sebenarnya bila duduk sebagai banduan akhir ini… mungkin hari ini hari terakhir saya, Syawal ini Syawal terakhir saya, saya terfikir. “Sebab dalam proses hu kuman g4ntung ini, saya tidak tahu bila (akan digantung) dan saya tidak tahu cara itu macam mana. “Jadi setiap waktu, saya dapat rasakan kemungkinan ini Syawal terakhir,” jelas Din.

halalkan makan minum saya dunia akhirat

Sebelum nafasnya terhenti, Din turut memohon maaf kepada keluarganya serta keluarga m4ngsa atas kekhilafan lampau. “Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya mohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan saya lakukan kepada keluarga saya dan keluarga m4ngsa.

“Kepada kawan-kawan saya pun, saya minta maaf saya minta ampun… halalkan dunia akhirat. Dan pada keluarga m4ngsa, saya minta ampun sebab semasa kejadian ia di luar kawalan saya. “Saya terlalu ikutkan hati dan perasaan,” luah Din lagi.

ditahan kerana d4dah

Penulis turut bertemu Ramli, seorang lagi banduan akhir yang menunggu hukuman gantung sampai m4ti. Bekas jurutera syarikat perkapalan di ibu negara itu ditahan 20 tahun lalu atas kesalahan d4dah. Ramli, 54, tidak pernah terfikir hayatnya bakal berakhir di tali g4ntung, namun segalanya kini digagahi dengan hati yang redha.

Dua dekad di belakang tirai besi, mengajar Ramli menjadi insan yang lebih tabah serta mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Esa. “Kalau di penjara banyak erti bagi saya hargai kehidupan ini. Terlalu banyak, dan penjara juga mendekatkan saya pada agama.

“Jika saya di luar (bebas) ketika ini, mungkin tiada masa untuk saya dekatkan diri dengan Allah SWT,” kata Ramli.
Lebih 200 banduan akhir ditempatkan di Penjara Kajang sebelum hukuman g4ntung sampai m4ti dilaksanakan.

Kesal Kekhilafan lampau

Lebih meruntun jiwa apabila Ramli menceritakan ketika beliau ditahan, ketika itu juga anak sulungnya baru dilahirkan. Mengenangkan nasibnya tidak dapat menatap, mendukung anak sulung membuatkan air mata Ramli gugur. “Saya rasa kecewa saya tidak dapat membesarkan dia, dia membesar dengan ibu dia, tanggungjawab saya sebagai bapa tiada.

“Kalau diundurkan masa, memang saya nak jadi bapa yang lebih baik,” jelas Ramli sambil menahan sebak. Ditanya jika masih ada harapan buat Ramli daripada ke tali gantung, ujarnya hanya Pengampunan Diraja boleh memberinya peluang kedua untuk hidup.

Namun jika tidak, Ramli redha dengan ketentuan Ilahi jika ini Syawal terakhir buatnya. “Kalau peluang kedua itu wujud, saya akan buat lebih baik daripada sedia ada. Berbakti kepada keluarga, anak, dan ibu-bapa akan saya tunaikan sebab itu tanggungjawab saya.

“Tetapi jika saya ke tali gantung, saya terima dengan tangan terbuka, mungkin ini yang terbaik untuk saya, saya terima,” kata Ramli lagi.

Pesanan buat isteri dan anak

Namun menurut Ramli, jika ini Aidilfitri terakhir buatnya, ada sesuatu yag ingin dititip buat isteri dan anak tercinta.
“Sekiranya ini Syawal terakhir, pesanan buat isteri… jaga anak kita baik-baik, berilah (didikan) agama kepadanya.
“Untuk anak pula, ayah ingatkan agar jangan jauh dan lupa dengan Allah SWT. Sentiasa dekatkan diri kepada Yang Maha Esa,” jelas Ramli lagi sambil mengesat air mata.

Penulis dapat merasai betapa terbukunya kerinduan Ramli terhadap keluarganya, apa sahaja yang disoal, hanya keluarga yang menjadi kunci semangat buatnya. Kisah dua banduan akhir ini perlu dijadikan iktibar kepada masyarakat tentang soal membuat pilihan dalam kehidupan.

Meskipun pernah tersalah pilih, kekhilafan itu bukan bererti tiada ruang kembali ke pangkal jalan. Satu yang harus menjadi peringatan, hargailah kehidupan serta nikmat yang diberikan Yang Maha Esa agar kita tidak tertipu, leka dan h4nyut dalam lembah keg3lapan.

Sumber:Astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*