Tidak dinafikan juga, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak tersayang. Hal ini demikian adalah kerana cinta seorang ibu tidak akan pernah habis dan berakhir.
Kasih ayah ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah antara salah satu ayat yang selalu digunakan bagi menggambarkan betapa besarnya kasih sayang insan yang bergelar ibu dan bapa.
Sanggup mencari mainan di tempat sἀmpah
Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk anak yang mereka kasihi supaya anak mereka merasa bahagia dan disayangi.
Baru-baru ini viral satu video di media sosial mengenai perkongsian kisah sedih oleh seorang pengguna TikTok @YoonaAchiee tentang cabaran hidupnya sebagai seorang ibu tunggal membesarkan anak seorang diri.
Walaupun hanya video pendek tetapi video itu telah memberikan kesan kepada orang ramai yang menontonnya. Video pendek itu memaparkan ibu tunggal itu sanggup selongkar dan mencari mainan terpakai di tempat sἀmpah untuk diberikan kepada anaknya. Video tersebut sekaligus membuka mata netizen tentang realiti hidup rakyat yang terjejas di negara kita.
Basuh ‘mainan’ dulu sebelum main
Hasil daripada kutipan “sἀmpah” tersebut akan dibersihkan dan direndam menggunakan air panas terlebih dahulu untuk menghilangkan segala sisa k0toran serta kumἀn.
Setelah selesai membasuh kesemua mainan itu barulah si ibu akan memberikan mainan-mainan tersebut kepada anaknya untuk bermain bersama.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan video tersebut. Tidak kurang juga, netizen turut mendoakan agar urusan ibu itu dipermudahkan dan semoga lebih ramai lagi yang akan membantu mereka yang memerlukan.
Walaupun video ini pendek tetapi telah memberikan seribu satu pengajaran buat sesiapa yang melihatnya. Pasti ramai yang merasakan bahawa walaupun hidup kita susah tetapi masih ada lagi orang yang lagi susah dari hidup kita.
Justeru, kita seharusnya bersyukur dengan nasib hidup kita pada masa ini. Sesungguhnya ada lagi orang yang lagi susah dan mencabar hidupnya berbanding kita.
Video ini telah membuka mata semua orang. Bahawa bahagia itu tidak perlu mewah. Cukuplah sekadar bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang. Insyaallah hati anda akan tenang dan tenteram walaupun diberikan seribu ujian hidup.
Sumber : Semakan online
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit