Tolong Tadahkan Tangan Supaya Kawan Tak Terhantuk, Akhirnya Dia Pun Kecundang Sama

Awal-awal persekolahan sudah pasti macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh para pelajar.

Ada yang menangis nak balik rumah, ada juga yang balik dengan tudung senget-benget dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil mengantuk dan tidur dalam kelas namun rakannya terjebak sekali telah mencuri tumpuan ramai.

Mula-mula baik hati tadahkan muka kawan supaya tak terhantuk, sekali dia juga mengantuk

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak sedang berada di dalam kelas sambil diajar gurunya cara solat.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak perempuan dilihat sangat mengantuk sehingga tidur di kelas. Dia tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya tersengguk-sengguk.

Lihat video di SINI

Rakan di sebelahnya terus melihat dan tolong menadahkan tangan supaya rakannya itu tidak terhantuk. Sekali pada akhirnya, dia juga tewas dan kelihatan matanya terkebil-kebil.

“Member sebelah punya alert, tahan tangan takut dia jatuh. Bagus kawan tu” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 98K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua budak perempuan itu.

Comel gelagat adik-adik ni. Agaknya jam berapa la tidur semalam ye..

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sumber : semakan dan permohonan online

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!