Seorang Bapa Kehilangan Motor, Hutang Tertungg4k – YB Turun Padang Bagi Bantuan Guna Duit Sendiri

Berat mata memandang,  berat lagi bahu yang memikul. Begitulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa yang mempunyai ketidaksempurnaan fizikal (OKU). 

Kehilangan Motor, Punca Pendapatan Terjejas Teruk

Lelaki tersebut  bernama Muadz,  dan bekerja sebagai  penghantar makanan dengan menggunakan motor Honda EX5  yang dimilikinya. Namun begitu,  malang tidak berbau. Motor yang dimilikinya  telah dicuri menyebabkan beliau kehilangan punca pendapatan untuk menanggung anak-anak dan juga isterinya. 

Kisah lelaki penghantar makanan itu tular selepas dia meluahkan perasaan dan buntu memikirkan cara meneruskan kelangsungan hidup kerana motosikal tersebut adalah satu-satunya kenderaan dimilikinya sejak 10 tahun lalu.

Untuk membeli motosikal yang baru,  beliau tidak memiliki bajet yang mencukupi menyebabkan hasratnya terbantut. 

Untuk pengetahuan umum, Muadz Pernah terlibat dalam kemalangan yang teruk sehingga menyebabkan kaki kanannya bengkok dan kini terpaksa bergerak dengan pangkat.  Walaupun demikian, beliau tetap gigih mencari rezeki untuk keluarganya. 

kehilangan motor

BACA JUGA: Nasib Baik Ada Lelaki Baik Hati Ini, Berani Betul Si C0mel Ni Nak Lari Ke Tengah Jalan!

Mendapat ‘Tag’ Daripada Kawan Di Facebook 

Seorang Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mendapat tag daripada seorang rakannya mengenai kisah  kehilangan motor yang dialami oleh Muadz. 

Dengan bertindak pantas, beliau terus mencari cara untuk menghubungi dan terus bertemu Muadz di kedai motor berhampiran rumahnya. 

“Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni 😭. Namanya Muadz, dia OKU dan moto yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena curi semalam. Berat sungguh ujiannya. 

Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam 🤣sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to lose. Kami jumpa terus kat kedai moto dekat rumahnya. 

Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accident, kaki kanannya kini bengkok teruk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat. Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan. 

Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertunggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak potong bekalan.”

Berkongsi cerita dan foto di Facebook, Steven Sim dilihat tidak dapat menahan air mata ketika mendengar kesedihan hidup Muadz.

Foto pertemuan dua insan itu mendapat perhatian dan menyentuh hati netizen apabila mengenangkan pengorbanan bapa masing-masing yang berbuat apa sahaja demi anak dan isteri.

kehilangan motor

“Hari ini Muadz akan dapat sebiji motor baru. Ini bukan mimpi, ini bukan scam. Kita dah takdir untuk berjumpa. Ada kawan FB tag saya kat posting Muadz. Sebagai seorang ayah saya faham hati Muadz yang berusaha sungguh-sungguh demi menjaga anak-anak. Saya benar-benar merasa kesedihan hati seorang ayah yang hilang upaya mencari nafkah untuk keluarganya. Dia sampai tak makan pun akan pastikan anak-anak dapat makan.  

Moto EX5 usang lebih 10 tahun hilang, kini kita ganti balik dan upgrade kepada Honda Wave 125i. Geran letak nama Muadz terus. 

Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri”

Syukur alhamdulillah.

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!