Nasib Baik Ada Lelaki Baik Hati Ini, Berani Betul Si C0mel Ni Nak Lari Ke Tengah Jalan!

Setiap kali terserempak dengan haiwan di tengah jalan, sudah pasti akan wujud kebimbangan dalam hati kita sebagai pengguna jalan raya. Hal ini kerana, risau juga kalau kita terlanggar ke nanti kan dan takut juga pengguna jalan lain terlanggar. 

lelaki selamatkan kucing

Kucing Masuk Ke Bawah Kereta Semasa Lampu Merah, Lelaki Turun Selamatkan

Situasi ini telah dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya, di mana seekor kucing comel masuk ke bawah sebuah kereta yang berada di hadapannya ketika lampu merah. 

Ini menyebabkan pemandu kereta yang baik hati tersebut, turun dan cuba mengeluarkan kucing tersebut dengan pelbagai teknik. 

Aksi lelaki tersebut menyelamatkan kucing itu turut menarik perhatian ramai apabila dia berani meletakkan dirinya dalam bahaya. Bayangkan kalau lampu tiba-tiba hijau, mesti kelam kabut dia nak memandu semula. 

BACA JUGA: Pemuda Ini Sanggup Terjun Ke Laut Demi Selamatkan Seekor Kucing Yang H4mpir Tenggelam

Siap Bawa Makanan Kucing Untuk Umpan Kucing Tu Keluar

lelaki selamatkan kucing

Pada mulanya, kucing tersebut enggan keluar mungkin kerana rasa takut atau terancam. Namun setelah beberapa kali diumpan dengan makanan kucing, akhirnya ia keluar juga. 

Situasi ini menimbulkan rasa kagum kepada lelaki yang baik hati tersebut. Siap bawa makanan kucing lagi tau!

Setelah berjaya menyelamatkan kucing tersebut, lelaki tersebut meletakkannya di penghadang jalan tengah tetapi kucing tersebut sangat aktif dan cuba ke tengah jalan raya semula. Tak takut langsung dengan kereta si comel itu. 

Untuk mengelakkan kucing tersebut ke tengah jalan semula, lelaki tersebut pun membawanya ke tepi jalan dan memasukkannya ke dalam pagar. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian di atas usaha murni dan keberaniannya demi menyelamatkan kucing itu.

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!