Ibu Kucing Mengadu Anaknya Terperangkap – Ya Allah Baru Je Diselamatkan, Si C0mel Ini Masuk Lagi!

Kucing adalah makhluk yang sememangnya terkenal dengan sifat dan gelagat mereka yang mencuri tumpuan. Siapa je yang tak sayang kucing kan?

Orang kata, apabila kucing datang kepada kita itu tandanya kita ni pembawa rezeki dan seorang penyayang. 

Lain pula yang terjadi kepada pemuda ini. Ibu kucing ini datang kepadanya seperti ingin mengadu sesuatu. Setelah cuba ‘berbual-bual’ dengan kucing tersebut, rupa-rupanya, kucing tersebut mahu mengadu mengenai sesuatu!

ibu kucing

BACA JUGA: Nasib Baik Ada Lelaki Baik Hati Ini, Berani Betul Si C0mel Ni Nak Lari Ke Tengah Jalan!

Ibu Kucing Mengadu Anaknya Terperangkap

Mempunyai naluri yang sama seperti manusia, ibu kucing ini rupanya khuatir dan bimbang akan keadaan anaknya yang dipercayai telah terperangkap di dalam lubang saluran paip. Dua ekor pula tu!

Dengan penuh berhati-hati lelaki tersebut pun turun ke bahagian bawah rumah dan segera membuka saluran paip tersebut bagi menyelamatkan anak-anak kucing itu. 

Apabila sampai ke atas, lelaki tersebut pun cuba mengeluarkan anak kucing yang terperangkap tersebut sambil diperhatikan oleh ibu kucing itu. Ada dua ekor rupanya dalam tu. 

Tiba-tiba tanpa disangka, anak kucing pertama yang berjaya diselamatkan itu, masuk semula ke lubang saluran paip tadi. Ya, Allah betuah sungguh 🤣

ibu kucing

Tetapi, apa-apa pun, menurut pemilik video, kedua-dua kucing tersebut akhirnya berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

“Terima kasih semua الحمد لله ibu dan anak kucing semua nya selamat terima kasih pada chip sy gigih keluar kan anak kucing tue🙏🏻”

Komen Warganet

Berikut ialah antara komen yang ditinggalkan oleh warganet:-

“Pandai dia mintak tlng,x semua org paham ape kucing cuba sampaikan😌TQ bang🙏catlover hadir😻✔️”

“Bila kucing dtg pada kita..itu tandanya..ada keberkatan dalam rezeki..”

“Masuk lagi sekali kenapa 😂”

“Allahuakbar, janji Allah awak bertemu dgn budak2 ni🥺🥺terima kasih slmtkn,smg Allah PERMUDAHKAN semua urusan dan dilimpahkan rezeki🤲”

“Masyaallah….tgok kucing pn syg ank dia kan”

“Semoga allah membalas segala kebaikan kpd saudara dunia juga akhirat..aamin”

“Kucing tu bru je keluar tiub ehh tetiba masuk balik 😂😂 apa pn terima kasih bang tolong semoga dimurahkan rezeki amin 🥰👍🏻”

Sumber: TIKTOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!