Modal RM8, Untung RM200. Senangnya Tanam Kacang, Dah Semai Boleh Tinggal Tapi Hasil Banyak

Kalau ada yang sedang cari tanaman yang mudah ditanam dan tak perlu banyak penjagaan sebab sibuk kerja rasanya boleh tanam kacang. Sesuai dengan kata orang senang macam kacang, memang mudah untuk menanamnya.

Buat kerja sekali dan boleh tinggal. Tunggu 3 bulan boleh tuai. Paling best dengan modal beli benih kacang RM8 boleh dapat pulangan lebih RM200. Perkara ini dikongsi oleh Natalia Ling yang baru saja selesai menuai kacang yang ditanam di belakang rumah.

Paling senang tanam, modal RM8 hasil jualan lebih RM200

Banyak-banyak tanaman yang saya tanam kacang lah paling senang saya rasa. Cuma bersihkan tanah sekali, tanam benih dan timbus. Tunggu 3 bulan terus cabut ambil hasil.

Nak cabut pun senang. Modal RM8 saja tapi hasil jualan lebih RM200.

Cara tanam kacang

Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut cara Natalia dan juga netizen dalam perkongsian beliau;

1. Beli kacang tanah mentah untuk dibuat benih. Boleh beli yang ada kulit atau kacang tanah biasa yang dijual di kedai. Cari yang cantik, elok.

2. Jika guna kacang tanah dengan kulit, jemur dulu agar kering supaya senang nak buka kulit. Jika guna kacang tanah mentah biasa dijual di kedai terus rendam selama sejam dan boleh ditanam. Boleh juga rendam satu atau dua malam biar keluar tunas sebelum tanam.

3. Gemburkan tanah, letak 5 biji satu lubang kemudian kambus dengan tanah. Sebaiknya tanah gembur dan berpasir.

4. Tanam kacang tak perlu banyak penjagaan. Tak perlu baja, tak perlu siram kecuali kena hujan. Cuma kena gemburkan tanah untuk bantu banyakkan kacang.

5. Cukup tiga bulan boleh tuai hasil. Yang ini saya tanam 30/7 dan tuai 1/11. Bila dah tuai boleh simpan sedikit untuk tanam semula.

Kalau nak hasil kacang lagi banyak, bila nampak batang bawah daun ada akar warna keluar, timbun dengan tanah. Nanti akan keluar kekacang lagi pada akar itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Natalia Ling Via VK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!