Bukan biasa-biasa, konvo kat University of Harvard dan University of Stanford kot!
Melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah impian ramai orang. Sepertimana kata-kata hikmat ‘pendidikan adalah alat mengubah nasib bangsa’, prinsip ini dicerminkan oleh seorang rakyat Malaysia yang kini berjaya menggenggam ijazah sarjana dari Amerika ini.
Dalam artikel kali ini, kami ingin menceritakan kepada anda sebuah kisah inspirasi daripada Andrew Loh, rakyat Malaysia pertama yang berjaya menamatkan pengajian daripada dua universiti berstatus Ivy League di Amerika Syarikat. Bukan satu per satu, tetapi tamat serentak!
Untuk pengetahuan anda, Andrew Loh merupakan seorang penasihat kerajaan di Institut Tony Blair, London dan mempunyai pengalaman konsultasi kerajaan di benua Afrika, Asia dan Eropah. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pengajian menerusi program berkembar khas.
Menerusi program ini, beliau berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana (Masters) dalam bidang Pentadbiran Awam di Harvard University dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) daripada Stanford University secara serentak.
Lelaki ini juga merupakan anak Malaysia pertama yang menerima ijazah berkembar daripada universiti teratas di dunia itu!
Lebih mengharukan, beliau sangat berbangga dengan identitinya sebagai anak Malaysia apabila memilih mengenakan baju kebangsaan iaitu baju Melayu untuk konvokesyen di kedua-dua unversiti berkenaan.
“Baju Melayu ni seksi!” ujarnya secara berseloroh.
Jelas lelaki yang berusia 35 tahun ini, universiti terkemuka ini sangat menghargai kepelbagaian. Maka, inilah peluang terbaik beliau untuk menonjolkan budaya serta identitinya sebagai rakyat Malaysia.
Malah, rakan-rakan sekelasnya begitu menggemari baju Melayu dan sering memuji busana kebangsaan ini. Menurut Andrew, mereka juga kagum dengan Malaysia kerana negara ini memiliki budaya yang kaya dan berbagai rencam.
Ibu dan neneknya jadi inspirasi terbesar Andrew
Inspirasinya untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka tersebut didorong oleh dua wanita terhebat dalam hidupnya. Menerusi catatannya di laman LinkedIn, nenek dan ibunya merupakan wanita kuat yang telah melalui banyak perkara dalam hidup.
Ceritanya lanjut, neneknya berjaya menempuhi kehidupan sukar sewaktu penjajahan Jepun di Perang Dunia Kedua dengan memakan akar tumbuhan. Ibunya pula sudah mula bekerja sejak berumur 9 tahun bagi membantu menyara keluarga. Kini, ijazah yang digenggamnya adalah ijazah untuk keluarganya; yang juga melambangkan impian bagi setiap mobiliti sosial.
Syabas dan tahniah diucapkan buat Andrew Loh! Semoga terus maju dan bangga menjadi anak Malaysia.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: iloveborneo.my