Berjodoh dengan seorang LADY BOSS, PU Riz dedah kesukaran jaga Neelofa

Dalam kehidupan berumah tangga, ujian dan dugaan merupakan asam garam yang biasa dihadapi oleh pasangan bergelar suami isteri. Namun semua itu harus diatasi dengan tenang dan matang.

Sedar tak sedar, sudah 2 bulan berlalu sejak selebriti terkenal Neelofa mendirikan rumah tangga bersama suami, Haris Ismail.

LIVE khas bersama peminat

Baru-baru ini, akaun peminat Neelofa memuat naik sebuah video memaparkan pasangan tersebut sedang ditemubual oleh seorang para peminatnya secara LIVE.

Sebaik mendengar soalan berkenaan, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz menjawab dengan mendedahkan bahawa ada waktu susah dan senang dalam menjaga isterinya.

“Ada susah, ada senang.. Tapi pengalaman yang adventurous. Ye lah dia orang perempuan yang dah lama jadi ‘boss’ dalam hidup dia. Jadi, bila kita datang sebagai seorang suami.. Jihad dia lah untuk taat suami,” jawab PU Riz.

Sementara itu, Neelofa turut menambah:

“Menyesuaikan diri daripada hidup bujang ke sudah berkahwin adalah tidak mudah tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk taat kepada suami,” jelas Neelofa.

Selain itu, lelaki berusia 26 tahun itu turut diminta untuk menghuraikan maksud ‘susah’ di mana PU Riz berkata dengan tenang bahawa Neelofa ialah seorang wanita bekerjaya yang sudah lama berada di posisi ketua.

Personaliti Neelofa itu menyebabkan dirinya sebagai suami agak sukar untuk memberi sebarang arahan kepada isterinya.

Namun begitu, pasangan terbabit mengakui mereka masih dalam fasa cuba menyesuaikan diri dengan suasana baharu alam perkahwinan.

Semoga susah senang hadapi bersama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji keserasian pasangan selebriti itu.

Nampak sweet dan serasi

Semoga berkekalan ke syurga

Haris sangat bijak memahami isteri

Syukur ustaz dapat jodoh yang baik

Pada 27 Mac 2021, Neelofa dan PU Riz selamat melangsungkan pernikahan mereka melalui sebuah majlis akad nikah yang dianjurkan di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @lofa.redland_nlf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!