(Video)“Sangat Cepat Dan Terang,” Tular Foto Cahaya ‘Misteri’ Didakwa Mete0r Jatuh Di Puncak Gunung Mer4pi
Satu foto yang menunjukkan cahaya terang yang disyaki sebagai meteor jatuh di puncak Gunung Merapi telah menjadi tular di media sosial. Dalam perkongsian foto tersebut, cahaya berwarna biru kehijauan (cyan) kelihatan.
Foto tersebut telah dimuat naik oleh akaun Twitter @merapi_uncover. “Meteor Jatuh di Puncak Gunung Merapi, Kali Adem, Cangkringan, Yogyakarta,” tulis akaun Twitter tersebut.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat ulang ciap sebanyak lebih 30 ribu kali oleh pengguna media sosial Twitter. Ketika disahkan, Gunarto Song mendedahkan bahawa foto tersebut telah diambil ketika berada di Kali Adem, Cangkringan, Yogyakarta pada Khamis.
Namun begitu, dia tidak pasti sama ada objek yang bercahaya itu adalah meteor atau tidak. “Saya tak berani nak pastikan, yang pasti ianya sangat laju dan terang. Lokasinya di Kali Adem, Cangkringan, malam 27 Mei 2021,” kata Gunarto ketika dihubungi Kompas.com.
Menurutnya, ketika dia menangkap gambar objek tersebut, Gunarto menyatakan bahawa ada pantulan cahaya yang memungkinkan cahaya misteri itu tidak jatuh di puncak Gunung Merapi. Namun, perpekstifnya seolah-olah objek bercahaya itu telah jatuh di puncak Gunung Merapi.
Ekoran daripada hal itu, penyelidik Agensi Aeronautik dan Angkasa Negara (Lapan) Emmanuel Sungging menyatakan bahawa objek bercahaya yang jatuh dan menjadi tular di media sosial itu mungkin adalah meteor. “Kalau dilihat dari fotonya, ianya seakan meteor, kata Emmanuel ketika mengesahkan.
Menerusi cahaya yang dipancarkan, Emmanuel menyatakan, benda yang disyaki meteor itu memancarkan warna biru kehijauan (cyan) kerana membawa kandungan magnesium. Bukan sahaja warna cyan, ada pelbagai warna yang boleh dihasilkan daripada objek daripada angkasa lepas yang jatuh ke bumi.
Penampakan Diduga Meteor Jatuh di Puncak Merapi, BPPTKG Sebut CCTV Sempat Rekam Kilatan Cahaya pic.twitter.com/Oz2JENfwfd
— Tribunnews.com (@tribunnews) May 29, 2021
“Ada pelbagai warna, bergantung pada unsur bahan yang terbakar di atmosfera,” lanjutnya. Berikut adalah penerangan warna yang dihasilkan oleh meteor:
- Merah-meteor mengandungi nitrogen/oksigen
- Kuning-meteor mengandungi unsur iron
- Ungu-meteor mengandungi unsur kalsium
- Jingga-meteor mengandungi unsur natrium
- Cyan-meteor mengandungi magnesium
Mengenai perbezaan warna dan makna ini, tambahnya, ini menunjukkan bahawa ketika meteor terbakar menembusi atmosfera, ia menghasilkan warna yang serupa dengan eksperimen kimia di makmal. Dia menambah bahawa pelbagai jenis bahan bakar dapat menghasilkan warna api yang berbeza. “Begitu juga, jika meteroid memasuki atmosfera bumi dan terbakar akibat pergeseran dengan atmosfera, ia dapat menghasilkan cahaya yang mempunyai warna berbeza,” lanjutnya.
Mengenai penemuan objek bercahaya yang disyaki sebagai meteor ini, Emmanuel meminta orang ramai supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mereka menemuinya. Sementara itu, pihak Lapan segera bekerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Orang ramai juga turut diingatkan supaya tidak mendekati objek yang jatuh daripada angkasa lepas itu.
Sumber:siakapkeli
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih