Ibu adalah merupakan harta yang paling berharga dan tidak ternilai. Sebagai seorang anak pengorbanan ibu kita hanya boleh dibalas dengan menjaga ibu sebaik mungkin apabila mereka tidak berdaya lagi seperti dahulu.
Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ibu menjaga anaknya sejak daripada kandungan sehingga mampu berdikari sendiri tidak akan mampu dapat dibalas walaupun dengan jutaan ringgit.
BACA JUGA: Dugong Diisytiharkan Pupus Di Chin4, Ini Sebabnya..
Berhenti Kerja Demi Untuk Menjaga Ibu
Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang memilih untuk berhenti kerja bagi menjaga ibunya yang sedang sakit dan lumpuh.
Rashidah Razali, 30 mengambil tanggungjawab dan saling bergilir bersama adik beradiknya untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit (bedridden). Selain itu, ipar-iparnya juga turut membantu menjaga ibunya.
Rashidah Razali adalah merupakan anak yang kelapan daripada 11 orang adik-beradik. Beliau telah mengalami strok sejak bulan Jun 2021 yang lepas. Serangan stroke ini membuatkan ibunya lumpuh sebelah badan bahagian kanan.
Untuk pengetahuan anda, Rasyidah sebelum ini bekerja dalam bahagian sukan di Kuala Lumpur. Semasa masih bekerja, beliau cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa antara kerjaya dan juga tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
Walaubagaimanapun, setelah berlakunya peristiwa yang menyebabkan oksigen dalam badan ibunya menurun terdapat jangkitan kuman pada paru-paru ibunya membuatkan dia nekad untuk berhenti kerja bagi memantau keadaan ibu.
“Sekarang ibu bedridden dan keadaan ini masih baru lagi iaitu pada Jun. Ia disebabkan paras oksigen dalam badan ibu menurun selain terdapat jangkitn kum4n pada paru-paru sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.
“Jururawat tidak galakkan kami adik beradik urus ibu seperti sediakala iaitu angkat masuk bilik mandi seperti sebelumnya.
“Jururawat sarankan semua urusan ibu dilakukan di atas katil dan mereka terus ajar teknik untuk menguruskan ibu bedridden serta memberi tips lain sebagai panduan.”
Rashidah kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan.
Dalam sebuah video yang tular, beliau sama sekali tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit. Beliau turut memberikan tips-tips bagi membantu penjagaan ibu yang lumpuh dalam video yang mempunyai tajuk “Manage Ibu Yang Bedridden.”
“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.”
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.