Abang, klu Ira xde nanti, abg kahwin lain tak?, Selepas bersalin, isteri pergi Buat selamanya, AlFatihah

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Asalamualaikum para pembaca budiman. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Admin sekiranya tulisan saya ini dipilih untuk disiarkan. Pertama sekali benarlah di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa terluang sehingga menjebakkan saya membaca luahan perasaan para penulis di sini.

10 tahun lalu, talian di atas kapal tidaklah semudah sekarang. Dapat berhubung dengan yang tersayang 5 minit pun cukup lah. Begitulah setianya kek4sih saya yang saya kenalkan sebagai Ira. Ira menunggu saya menghubunginya saban hari. Setiap kali saya menghubunginya suaranya menyambut dengan gembira.

Pelbagai cerita Ira sampaikan kepada saya walaupun salam tempoh 5 minit itu. Dengan adanya kek4sih seperti Ira saya merasakan hidup saya sempurna. Mengenali Ira hanya sebentar namun cukup membahagiakan saya. Peribadinya yang lembut, peramah, berbudi bahasa, cantik rupa paras ah.. cukup sempurna di mata saya.

Saya tak perlu masa yang lama untuk mengambil keputusan melamar Ira. Saya mesti memiliki dia, mesti. Selepas 6 bulan berkenalan, tak pernah sehari pun Ira tidak membuat saya jatuh cinta dengan sikapnya. Menanti saya dan hanya mebgkhabarkan perkara yang gembira sahaja. Sehinggalah satu hari saya dapat tahu berlakunya kemalngan di tempat kerja Ira.

Atas alasan tidak mahu membebankan saya, Ira cuma mengatakan kemlangan kecil dan dia tidak cedera. Hakikatnya, Ira hampir keh1langan kaki. Kejadian itu membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan kami. Setelah berbincang, keluarga saya menghantar rombongan merisik dan diikuti pertunangan kami.

Hanya disaksikan kedua keluarga. Majlis kecil yang cukup meriah. Saya masih terbayang anggunnya Ira ketika majlis itu. Senyumnya cukup manis, ayu wajahnya mententeramkan hati saya, lembut tutur katanya sentiasa menenangkan jiwa saya. Kehadiran Ira cukup menyempurnakan hidup saya.

Saya terus bekerja mengumpul duit untuk menghalalkan Ira. Perancangan rapi untuk kehidupan selepas kahwin itu perlu. Ira membentangkan kira-kira untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin kami. Saya bersetuju dengan perbentangan Ira. Perbentangannya cukup jelas.

Allah…. Bagaimanalah saya tidak jatuh cinta dengan wanita ini? Setiap hari saya percaya dia bakal suri hidup saya yang akan menyempurnakan hidup saya yang kelam ini.

Wataknya yang ceria kadang kala buatkan saya tersenyum sendiri. Gurauannya bersahaja tapi apabila terkenang saya tertawa kecil walaupun di tengah laut dilambung ombak.

Wanita itu benar-benar mencuri hati saya. Saya mahukan dia. Setelah 6 bulan mengumpul duit kahwin, akhirnya tibalah hari yang dinantikan. Hari saya melafazkan ijab dan kabul menandakan Ira sah menjadi milik saya. Setelah selesai kedua-dua majlis kami berpindah ke kediaman yang telah saya siapkan untuk keluarga kecil kami.

Ira adalah orang yang paling gembira apabila melangkah ke kediaman kami. Tidak sabar untuk mendeko katanya. Kehidupan kami normal seperti pasngan lain. Setelah menjadi suami isteri, Ira menunjukkan sisinya yang lain. Manjanya sentiasa menjadikan saya serba salah untuk naik ke laut.

Setiap kali sampainya saya dipanggil bekerja, air matanya turun bagaikan saya ke medan perang. Namun, dalam pada itu saya bahagia. Punyai isteri yang menyayangi saya setulusnya. Setiap kali itulah saya memujuk agar dia bersabar. Perjalanan hidup saya bersama Ira amat bahagia.

Ira isteri yang sempurna di mata saya. Namun, kami diuji. 3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Ira sentiasa meminta maaf setiap kali membuat ujian kehamilan dan ternyata negatif. Saya memujuknya, Allah tidak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dikurniakan zuriat.

Kita bersabar dan berusaha lagi. Ira akur. Menjelang ulang tahun kami yg ke 4. Hadiah teristimewa dari Ira, isteri saya yang tersayang. “Abang, Ira mengandung”. Alhamdulillah syukur tak terkira. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah untuk berjumpa Ira.

Tempoh 2 hari sebelum sampai ke darat amat lama dirasakan. Sepanjang tempoh kehamilan, Ira tidak mengalami alahan teruk. Cuma baby suka minta makanan menjelang tengah malam.

Menggelabah saya. Mana kan tidak, jika tak dapat, muncunglah wajah kesayangan saya itu. Saya mengambil cuti tanpa gaji setahun selepas mengetahui Ira sedang membawa zuriat saya.

Saya mahukan yang terbaik untuk suri hidup saya. Segala makanan yang Ira hajatkan pasti saya penuhi. Alhamdulillah menjelang bulan ke 4, doktor sahkan Ira membawa bukan seorang tetapi 2 orang zuriat kami. Allah syukur tak terhingga.

Mengalir air mata kami apabila doktor maklumkan kami bakal menimang cahaya mata kembar. Ira sangat teruja kerana memang dia suka kan kanak-kanak. Bulan demi bulan saya lihat Ira semakin penat membawa zuriat saya tetapi dia tetap ceria. Dia tetap ingin memasak untuk saya biarpun dihalang.

Ira cukup sempurna sebagai isteri saya, bidadari saya, ibu bagi anak-anak saya. Kami menjalani hidup seperti biasa dan terasa berbunga menanti kehadiran permata hati kami.

Ira sudah mula membuat persediaan barang-barang bayi. Risau nanti tak sempat sedia semua katanya. Saya lihat Ira cukup teruja untuk menyambut kehadiran permata hati kami.

Memilih baju 2 pasang setiap satu. Senyumnya yang saya masih terbayang sehingga kini. Senyuman yang cukup membahagia dan mententeramkan hati saya.

Menjelang hari kelahiran buah hati kami, Ira nampak gelisah. Dia kerap menyuarakan kerisauannya. “Abang, kalau Ira tak ada nanti, abang kahwin lain tak?”. Saya ketawa.

Saya tanyakan, “sayang nak ke mana?”. Mukanya bertukar serius. “Mana lah tau, sayang tak sempat besarkan anak-anak kita.” Jelas kerisauan di wajah ibu kepada anak-anakku. Saya jawab tenang, “sayang jangan fikir bukan-bukan sebab sayang dah janji nak bagi abang sedozen anak dan kita akan besarkan diorang sama-sama”.

Walaupun agak gusar di hati saya. Ira memandang mata saya dengan penuh cinta. Digenggam tangan saya dengan rasa sayang. “Abang, Sayang tak tahu berapa lama Allah pinjamkan abang untuk sayang, tapi sayang harap abang bahagia selama sayang jadi isteri abang.

Sayang mohon ampun dan maaf dari abang kalau sepanjang tempoh jadi isteri abang, ada yang tak sempurna”. Terlalu kerap Ira memohon maaf sebegini menjelang tarikh kelahiran anak-anak kami. 3 September 2014. Tarikh keramat yang saya tidak akan sama sekali lupakan. Tarikh Ira mengadu skit.

Saya terus membawa Ira ke hspital. Semasa menunggu, Ira menggenggam kuat lengan saya. Kuat sekali. Genggaman yang tidak akan pernah saya lupakan. Bibirnya dibasahkan dengan alunan zikir dan doa Nabi Yunus.

Wayar berselirat di atas dadanya. Wayar untuk monitor bayi kami. Sesekali digenggam kembali tangan, lengan dan baju saya. Allahhuakbar hebat sekali kuasa Allah.

Ira sedang menahan kontraksi. “Skit abang.” Saya hanya mampu memujuk Ira untuk sabar, mengajak Ira sama2 terus mengalunkan zikir dan doa. Ira lembut mengikut sambil menahan skit. Sepanjang di dalam bilik itu tak putus Ira memohon ampun maaf, menitip pesan supaya saya menjaga zuriat kami sekiranya dia tewas.

Hati di dada bagaikan nak pecah mendengar kata-kata itu. Saya katakan pada Ira, “hanya sayang yang layak jadi ibu untuk anak-anak abang. Kita akan besarkan anak-anak kita seperti yang kita impikan”.

Saya kucup lembut dahi wanita dambaan hati saya sejak dulu dan selamanya. Nurse datang untuk check laluan. Kata nurse, sekejap lagi Ira akan ditolak ke LR.

Saya mengangguk. Saya diberi kelengkapan untuk masuk bersama-sama. Suasana yang tak akan pernah saya lupakan. Ira menggenggam kuat tangan saya untuk push bayi kami.

Nurse dan doktor tak putus memberi kata semangat. Saya di sisi Ira juga tak putus mengingatkan Ira pada Allah, memberi kata semangat. Tepat jam 9.45 malam 3 September 2014.

Bayi pertama selamat dilahirkan. Tiba-tiba keadaan menjadi agak tegang. Doktor memaklumkan bayi kedua sudah berpusing dan berada dalam keadaan songsang.

Ira perlu dibdah Allahhuakbar. Ira terus dibawa ke bilik pembdahan. Keadaan berlaku terlalu pantas. Saya sempat melihat Ira yang nampak sangat letih.

Saya berjanji saya akan tunggu di luar sehingga semuanya selesai. Pemandangan terakhir saya lihat Ira ditolak laju, nurse2 berlari menahan lif, doktor2 bergegas keluar menaiki lif dan semuanya berlaku sangat cepat. Jam 11 malam, permata kami yang kedua selamat dilahirkan.

Alhamdulillah perkhabaran gembira buat saya. Tak sabar rasanya ingin mengucapkan terima kasih pada Ira yang berjuang habis-habisan untuk melahirkan keturunanku.

Rindu yang teramat pada Ira walaupun baru sekejap dia dibawa pergi. Ayat pertama doktor, “tahniah bayi awak selamat. Baby girl jugak ye”.

Dan diikuti, “maafkan saya encik, saya tak mampu selamatkan isteri encik”. Gelap. Itu yang saya rasakan. Terduduk dan tiada kata yang mampu saya ucapkan.

Keluarga saya yang mendengar berita itu turut terkejut. Mak menarik tangan saya untuk bangun. Dipluknya jasad saya yang bagaikan telah hiilang rohnya.

Lembik. Abah turut sama memeluk saya untuk memberi kekuatan. Sungguh, saya lemah. Kehiilangan Ira disaat ini? Saya masuk untuk melihat bayi kami. Saya menjalankan tanggungjawab pertama sebagai bapa, azan dan iqamat di telinga kedua-dua bayi kami.

Saya pluk erat kedua-duanya saat mengalunkan azan dan iqamat. Amanah yang perlu saya jaga. Amanda Zahirah dan Aisya Zahirah saya letakkan nama mengikut pilihan ibunya.

Kehiilangan Ira menggelapkan duniaku. Usai selesai pengkebumian, saya mulai rasa sunyi dan rindu yang tak pernah saya rasakan.

Saya mahukan Ira. Satu persatu kenangan bersama Ira muncul dalam kepala saya. Jika tipis iman, boleh jadi gila merindu pada yang tiada. Tapi saya perlu kuat itu yang kerap dipesan mak, ibu, abah, ayah.

Saya perlu kuat untuk dua permata tinggalan Ira. Alhamdulillah 3 September 2020 genaplah 6 tahun permata hati kami. Wajah mereka tak tumpah seperti ibunya.

Lembut tutur kata sangat mengikut ibunya. Saya bersyukur kerana mak ayah saya dan mertua sentiasa ada membantu saya menjaga anak-anak saya. Tak pernah sekali pun Ira saya lupakan.

Setiap kali cuti saya akan bawa anak-anak ke persemadian ibunya, sesekali saya akan bermalam di rumah mertua, di bilik Ira untuk melepaskan rindu.

Ya, saya sendiri. Tiada yang layak mengganti Ira. Hati ini tidak berkeinginan untuk mencari ganti. Di usia ini biarlah saya terus membesarkan anak-anak dan menambah amal ibadah sebelum bertemu pencipta. Tujuan cerita ini dikongsi cukuplah untuk menjadi bacaan kalian.

Hargailah insan yang menyayangi dan mencintai kita dengan tulus ikhlas. Ini kerana, untuk menyayangi seseorang mungkin mudah tetapi untuk mendapatkan seseorang yang benar-benar menyayangi kita dengan tulus amat susah. Mari saya ceritakan zaman saya masih bersama Ira.

Insan yang sanggup menunggu saya pulang ke darat tanpa cvrang, yang sabar menanti saya pulang dengan penuh rasa sayang, yang tetap memahami kerja saya walau pelbagai diracun pelbagai orang, yang menjalani hidup dengan tabah walau pelbagai dugaan datang bertandang. Saya mengambil masa untuk menulis nukilan ini kerana saya bukanlah penulis yang baik.

Semoga penceritaan ini sampai ke hati tuan/puan. Menyayangi dan mencintai orang adalah mudah. Mendapatkan kasih sayang dan cinta dengan tulus dari orang yang kita cintai itu amatlah payah.

Hargailah insan yang menyayangi kita sebelum sayang dan cintanya menjadi hambar kerana perlakuan kita. Sebagai manusia, kita tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada sekiranya kita sentiasa mencari yang terbaik.

Anologi mudahnya, sekiranya kita berada dalam satu taman bunga untuk mencari bunga yang terbaik pastinya kita akan keluar dengan tangan kosong.

Kenangan adalah perkara yang pahit untuk dikenang bagi seseorang yang pernah memberi kita rasa manis semasa kewujudannya dan kita memilih untuk mengabaikan usaha dia membahagiakan kita. Kita takkan dapat mengulangi kenangang itu bahkan mendapatkan kenangan yang sama semula.

Percayalah, rindu pada seseorang yang memberi kenangan manis pada kehidupan kita akan datang secara tiba-tiba terutama sekiranya kita melihat atau mendengar perkara yang berkaitan dengannya. Asalamualaikum dan terima kasih meluangkan masa membaca cerita yang panjang ini.

Saya juga menyusun sepuluh jari sekiranya penulisan saya ini mencederakan hati mana-mana pihak.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Fazidah Kadir, Memang perempuan bersalin menyabung nyawa, ada yg tak kena walaupun sikit memang nyawa melayang….tapi husnul khotimah, m4ti syahid, kalau suami redha jannahlah tempatnya…semoga berkumpul kembali keluarga ini di syurga.

Rosmawati Ahmad, Yang pergi takkan boleh dicari ganti, bagi sy, dia cinta pertma dan terakhir…sy dpat rasa kehiilangan semasa pregnant ank pertama si dia pergi slps 3 tahun menunggu zuriat. Moga kita yg kehiilangan ni disatukan kembali disana.

Didi Hamid, Betul sangat perlu menghargai orang yg sayang kita sepenuh hati,hargailah sebaik mungkin masa dia bersama kita,itulah yg terbaik,sebarang apa pun perbuatan baik akan dibalas kebaikkan begitu juga sebaliknya, So salute to you,betapa cinta dan kasih sayang tetap utuh pada isteri anda hingga kini.

Xini Za, Alhamdulillah… gambaran memori manis yg digambarkan menusuk kalbu.. betapa kasihnya seorang suami kepada isteri nya semasa dan setelah tiada.. jiwa seorang lelaki yg begitu murni..yg menuntun rumah tangga Sakinah mawaddah..

WP seketika cuma sempat bersama..tetapi mengulam memories manis tatkala bersama isteri tersayang telah memberi impak dan pengajaran KPD semua lelaki diluar sana erti kebahagiaan dek kesetiaan yg sgt ulung..

Saudara mempunyai pakej kesabaran yg sgt tinggi menahan rindu KPD yg telah tiada. . . betapa beratnya menanggung rindu KPD orang yg telah pergi selama-lamanya… syukur saudara telah diberi iman yg kuat dlm hal ini..demi kelangsungan hidup bersama permata hati anugerah Allah yg sgt berharga..

Alhamdulillah letak lah kasih sayang Allah dipuncak perjuangan hidup kita..dan kasih sayang yg lain akan hadir melalui cahaya Allah.. yakin lh.. tahniah dari saya kerana mempunyai nilai murni yg sgt tinggi.

Noree Sumayyah, Terima kasih.. Bersyukur menjadikan kita erti menghargai dan ikhlas menjadikan kita redha.. Semoga confessor terus tenang dan suatu hari mungkin ada jodoh lain yg menanti.. Yg pergi tetap di hati.. Bkn bererti dilupakan.

Cik Ara, semoga arwh ira ditempatkan dikalangan orang beriman … syahid buat dia .. semoga abg zahirah sentiasa kuat menghadapi hari2 mendatang dan semoga Allah permudahkan urusanmu amin … mesti sunyi twins tanpa mommy dia tp lg ramai yg sayang dia yg ada keliling dia

Tahniah sebab menjadi seorang ayah yang bagus .. seorang suami yg setia walaupun sudah ketiadaan isteri .. tak semua lelaki mcm ni .. ada tu kubur bini merah lg dah beriya nak kahwin . Mintak dijauhkan .. semoga confessor happy2 selalu disamping anak2 tercinta .. amin

Julie Ramli, Kem4tian selalu mngalkan luuka yg dalam. Semua yg pnh merasa akan phm pedihnya luuka. Sedangkan rasulullahpun menangis lama ketika kehillangan siti khadijah.

Semoga konfeser bertemu semula dgn arwh isterinya di syurga. Keikhlasan cinta mmg ada yg bawa sampai ke maati. Mungkin konfeser seorg drpnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!