Baru-baru ini, seorang polis trafik wanita di India menjadi tular apabila rakaman video memaparkan dirinya membawa anak lelaki yang berusia lima bulan ketika bertugas disebarkan di laman sosial Twitter baru-baru ini.
Konstabel polis yang dikenali sebagai Priyanka berkenaan mendedahkan pada pagi kejadian, dia terlewat untuk datang bertugas mengawal aliran trafik yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi, lapor akhbar The Indian Press.
Bawa anak sewaktu bertugas
Mernurut Priyanka, dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada orang yang boleh menjaga bayinya di rumah memandangkan suami dan keluarga mentuanya berada di daerah lain.
Selalunya saya mendapat tugasan di kawasan berhampiran rumah tetapi pada pagi itu, ketua memberikan arahan untuk mengawal trafik di persimpangan yang agak jauh.
“Saya tidak boleh meninggalkan anak tapi dalam masa sama, kerjaya saya juga penting. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawanya bersama,” ujarnya.
Bangkitkan kemarahan, tuntut pusat jagaan kanak-kanak
Menjengah ke Twitter, rakaman video tersebut telah menimbulkan kem4rahan orang ramai yang menuntut agar sebuah pusat jagaan kanak-kanak dibuka secara percuma buat polis wanita.
Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah Polis Chandigarh, Sanjay Baniwal memuat naik kenyataan di Twitter memberitahu bahawa anggota polis itu baru sahaja kembali bekerja selepas cuti bersalin selama enam bulan.
“Pihak kami akan membuat pertimbangan menukar jabatan anggota tersebut jika dia membuat permohonan secara rasmi,” jelasnya.
Tonton video penuh:
C0vid-19: Situasi di India meny4yat hati – WHO
Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kebimb4ngan mengenai lonjakan kes baharu dan kem4tian akibat Covid-19 di India.
“Situasi ini amat meny4yat hati,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada pemberita.
Kenyataannya susulan gelombang penularan Covid-19 di India menyebabkan kesesakan hospital, manakala kremat0rium di negara itu beroperasi pada kapasiti m4ksimum.
Lonjakan kes sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarga pes4kit menggunakan media sosial kerana terpaksa meminta bantuan bekalan oksigen dan mengetahui lokasi di mana hospital yang masih mempunyai katil.
Situasi itu juga menyebabkan New Delhi kini melanjutkan sekatan pergerakan (lockdown).
WHO berkata, pihaknya menggerakkan 2,600 pakar daripada pelbagai program termasuk p0lio dan tuberkul0sis (batuk kering) untuk membantu pihak berkuasa kesihatan India.
India dengan populasi 1.3 bilion menjadi pusat penularan terbaru pandemik itu yang sudah menyebabkan lebih tiga juta kem4tian di seluruh dunia.
Susulan perkembangan membimbangkan ini, pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) menghantar bekalan bantuan ke negara berkenaan.
Sumber: YouTube The Tribune | The Indian Express | utusan /news.allmhi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.