80 Ekor Ulat Dikeluarkan Dari Telinga Budak 4 Tahun Mengerikan | Sebanyak 80 ekor ulat dikeluarkan dari telinga seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, setelah mengadu sakit dan gatal di bahagian telinga kirinya sejak seminggu lalu, lapor Daily Mail.
Rahdhika Mandloi, pada awalnya mengadu berasa tidak selesa dan gatal di bahagian telinga kiri sejak seminggu lalu menyebabkan Radhika kerap menangis tanpa henti. Bingung dengan keadaan Radhika, ibubapanya terus membawa Radhika ke hospital untuk pemeriksaan.
Doktor Raj Kumar Mundra yang memeriksa Radhika, terkejut apabila mendapati sejumlah besar kehadiran ulat dan larva di dalam telinga kanak-kanak itu.
“Saya sangat terkejut, ini kali pertama saya melihat begitu banyak ulat dan larva di dalam telinga manusia,” katanya.
Jelasnya, ulat yang menghuni telinga Radhika adalah jenis yang mudah tertarik dengan bau busuk dan hidup dalam persekitaran yang tidak bersih.
Difahamkan, keluarga Radhika tinggal di kawasan yang tidak terjaga kebersihannya dipercayai punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.
Tegas doktor berkenaan, jika telinga Radhika tidak diberikan rawatan segera, ulat tersebut akan mula memakan otaknya dan mendatangkan bahaya kepada Radhika.
Doktor menjalankan dua pembedahan terhadap Radhika di mana pembedahan pertama yang mengambil masa 90 minit, berjaya mengeluarkan 70 ekor ulat. Manakala pembedahan kedua mengeluarkan saki baki ulat yang menghuni telinga Radhika.
Lapor Daily Mail, Radhika masih ditahan di hospital, di bawah pemerhatian khas oleh doktor selama seminggu bagi memastikan kanak-kanak itu benar pulih.
Justeru, Doktor Raj Kumar Mundra menasihatkan, ibu bapa perlu menjaga kebersihan telinga anak mereka. Jika terdapat cecair keluar dari telinga,
Jangan dibiarkan kerana ia boleh menarik perhatian serangga seperti larva yang boleh membiak dengan pantas. Sebaik-baiknya, hantar anak ke hospital untuk mendapat rawatan segera.
Kes yang hampir serupa berlaku di Taiwan
Sementara itu, seorang wanita Taiwan yang mengalami sakit telinga, terkejut besar selepas mendapati seekor berenga hidup di dalam telinganya apabila mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.
Dr. Cheng-Ping Shih dari Hospital Besar Tri-Service berkata, pada mulanya beliau mengeluarkan alat bantuan pendengaran yang dipasang pada telinga kiri wanita tersebut dan mendapati organ pendengarannya itu berlumuran darah.
Shih berkata, pemeriksaan lebih lanjut mendapati, terdapat seekor larva lalat buah sedang bergerak di dalam telinga wanita yang tidak dikenali itu.
Jelasnya, ulat tersebut dipercayai berada di dalam telinga wanita berusia 48 tahun terbabit selama sekurang-kurangnya sehari.
??Wanita tersebut tidak sedar larva berkenaan bergerak di dalam telinga yang tidak lagi sensitif kerana telah bertahun-tahun memakai alat bantuan pendengaran.
Alat tersebut juga menyebabkan telinga wanita itu menjadi panas, sekali gus sesuai untuk larva tinggal di situ,” katanya kepada rangkaian televisyen NBC News.
Larva tersebut berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kesukaran dan wanita terbabit diberikan antibiotik.
Sakit telinga dan tahap pendengaran wanita itu semakin pulih selepas dua minggu dirawat.
Cara nak keluarkan serangga dalam telinga
Salah satu kejadian yang tak bisa dihindari adalah ketika tiba-tiba telinga Anda di masuki oleh serangga kecil atau semut, sebisa mungkin Anda harus segera mengeluarkan serangga agar tak menimbulkan infeksi atau sakit telinga.
Jangan panik sehingga membuat Anda sembarang memakai benda-benda berbahaya untuk mengeluarkannya.
Jangan sesekali memakai jari tangan untuk mencoba mengeluarkan serangga dari telinga, yang ada justru membuat serangga terdesak masuk lebih dalam.
Anda sebaiknya lebih berhati-hati untuk mengatasi permasalahan ini dan inilah lima cara mudah untuk mengeluarkan serangga atau semut dari telinga Anda.
1. Gunakan air
Jika Anda tak berani memasukan air secara langsung ke telinga, Anda bisa pakai kapas yang sudah dibasahi dengan air. Perlahan teteskan air ke dalam lubang telinga yang dimasuki serangga.
Setelah itu keluarkan kembali airnya dengan menghadapkan telinga ke arah bawah. Cara ini membuat serangga akan keluar bersamaan dengan air.
2. Pakai cotton bud
Apabila ingin memakai cotton bud tentu Anda membutuhkan bantuan orang lain untuk mengeluarkannya. Bila perlu olesi cotton bud dengan minyak telon atau minyak kayu putih agar serangga menempel dengan mudah di cotton bud.
Minta bantuan seseorang untuk menarik serangga keluar secara perlahan, jika tidak Anda hanya akan mendorong serangga masuk lebih dalam.
3. Menggunakan cahaya senter
Cara ini bisa dilakukan apabila serangga atau semut masih hidup. Anda bisa menggunakan senter yang diarahkan ke dalam lubang telinga yang dimasuki semut. Semut yang tersesat dalam telinga akan berusaha mengikuti cahaya untuk menemukan jalan keluar.
4. Hubungi dokter
Apabila cara di atas tidak ada yang berhasil, maka segera hubungi dokter. Mungkin objek yang ada di dalam telinga Anda sudah masuk terlalu dalam, sehingga sulit sekali untuk dikeluarkan. Mungkin akan ada penanganan lebih lanjut yang hanya bisa dilakukan oleh dokter.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: newscoviral / apacerita