,Terkejut Mendapat Pesanan Dari Seberang Laut Remaja Pink Walker Pun Mengeluh ‘Aduhai Terp4ksa Rej3ct Walau Jejas Reviu’

Terkejut Mendapat Pesanan Dari Seberang Laut Remaja Pink Walker Pun Mengeluh ‘Aduhai Terp4ksa Rej3ct Walau Jejas Reviu’

Yoe seronok menimba pengalaman sebagai Pink Walker di Kuala Terengganu.
SERINGKALIkita membaca perkongsian daripada mereka yang bergelar pekerja penghantaran makanan (rider) di media sosial.

Pelbagai pengalaman yang dikongsi ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan, sama ada kisah ser4m, lucu, pahit dan juga manis.

Begitu juga dengan pemuda ini yang berkongsi kisah lucu apabila mendapat pesanan makanan yang perlu dihantar ke ‘seberang laut’.

“Apabila customer duduk di Pulau Duyung,” tulis kapsyen pada perkongsian video di TikTok yang sehingga kini meraih lebih daripada 210,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Faszrul Aiman atau senang disapa sebagai Yoe berkata, ins1den sedemikian pernah beberapa kali dialaminya, sehingga menyebabkan dia terp4ksa ‘menolak’ memandangkan dia merupakan Pink Walker (pejalan kaki Foodpanda).

“Saya merupakan Pink Walker namun menggunakan basikal… jarak bagi pesanan yang perlu dihantar oleh Pink Walker ni hanyalah dekat-dekat saja. Saya berpusat di bandar Kuala Terengganu.

“Nak jadikan cerita, masa order masuk, saya accept tanpa melihat alamat pelanggan. Bila dah nak hantar, check alamat… alamak, dekat Pulau Duyung yang terletak di seberang. Jika nak ke sana, kena lalu Jambatan Sultan Mahmud.

“Akhirnya saya terpaksa reject dan kena check dalam sistem untuk pihak Foodpanda kendalikan pesanan tersebut. Ia sebenarnya memberi kesan kepada saya dan mana-mana rider jika reject order, namun saya terp4ksa sebab ia agak jauh dan saya pula hanya Pink Walker,” ujar remaja berusia 19 tahun ini.

Yoe bergelar Pink Walker sejak Disember 2020.

Tambah anak keempat daripada 10 adik beradik ini, ins1den sedemikian membuatkannya lebih berhati-hati ketika menerima pesanan b1mbang perkara yang sama berulang.

Bercerita serba sedikit mengenai kerjayanya, Yoe berkata dia sudah bergelar Pink Walker sejak Disember 2020.

“Sebelum ini saya seorang mekanik dan bantu bapa saya di bengkel bas. Tapi sekarang ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bas pun tak jalan. Ibu saya ada kedai makan. Satu hari, saya nampak Pink Walker ambil pesanan makanan di kedai ibu.

“Saya macam terasa berminat jadi saya bersembang serba sedikit dengannya mengenai kerja hantar makanan. Saya tiada lesen lengkap lagi sebab tergend4la dek PKP, itu yang saya nak beranikan diri untuk mencuba.

“Penat memang penat tapi saya rasa gembira kerana dapat pengalaman dan juga kawan-kawan dan pelanggan yang baik. Diam tak di4m, dah lebih enam bulan saya bergelar Pink Walker,” ceritanya.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Yoe berkata dia sekadar suka-suka berkongsi cerita dengan rakan pengikut mengenai kisah lucu yang dialaminya.

Selain seronok menimba pengalaman, Yoe juga gembira kerana mempunyai rakan-rakan sekerja yang baik.

“Jammed kejap otak masa tu… sajalah nak share dengan kawan-kawan. Selain kisah itu, ada lagi kisah kelakar lain… contohnya dikejar anj1ng. Tapi banyak kisah manis sebab sering jumpa pelanggan yang baik.

“Ada yang bagi tips, makanan dan minuman. Alhamdulillah. Kerja ni penat namun selagi ia menjanjikan rezeki halal, apa salahnya cuba… sekarang bukan masanya nak memilih kerja.

“Lagipun ketika usia muda, tubuh kuat, carilah pekerjaan untuk ringankan beban ibu bapa. Gunakanlah kesihatan kita ini untuk berusaha cari duit sendiri,” katanya lagi.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:live92times.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*