Resepi Kulit Karipap Dengan Inti Keledek
Siapa yang tidak suka karipap? Ia adalah raja segala kuih di Malaysia. Tapi, karipap yang paling “win” mestilah mempunyai kulit yang rangup, rapuh (flaky) dan inti keledek yang secukup rasa manis, pedas, dan berlemak!.
Kenapa guna keledek dan bukan Kentang? Walaupun kentang lebih popular, keledek sebenarnya memberikan tekstur yang lebih unik;
- Manis Semula Jadi – Keledek mempunyai rasa manis yang menyeimbangkan rasa pedas rempah kari.
- Tekstur Lebih Lembut – Apabila dimasak, keledek menjadi sedikit lebih “creamy” berbanding kentang yang cenderung lebih berkanji.
- Aroma – Keledek mempunyai aroma yang lebih harum, terutamanya jika anda menggunakan keledek oren atau ungu.
Mari kita cuba resepi kulit karipap dan inti keledek oleh Reen Rina ni.
Bahan-Bahan:
- 1 kilo tepung gandum
- 3 sudu besar tepung beras
- 3 sudu besar butter
- 2 senduk kecil minyak masak (panaskan)
- 1 sudu kecil air kapur
- Sedikit garam halus
- Dan sedikit AIR SEJUK (ais) – air ikut kelembutan doh.
Cara Membuat:
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, butter dan air kapur dalam 1 bekas. Panas minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi kacau dengan senduk ye, hati-hati sebab panas.
2. Bila tepung sudah jadi macam serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.
Bahan Inti Karipap:
- 1 kg ubi keledek dikupas dipotong dadu.
Bahan Ditumbuk Halus:
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1 ketul kecil halia
- 1/2 cawan udang kering dibasuh (boleh ganti bahan lain seperti ayam/daging/udang)
Bahan Dibancuh Dengan Air Supaya Menjadi Pes:
- 4 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecik serbuk cili
- 1 sudu serbuk kayu manis
- 8 sudu makan gula (boleh kurang boleh lebih, ikut citarasa)
- sedikit daun kari
- sedikit daun sup
- 3 sudu teh garam
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk halus tadi bersama daun kari.
2. Masukkan bahan yang dibancuh menjadi pes tadi. Masak sehingga naik baru kemudian masukkan gula, garam, kiub ayam, dan masukkan sedikit air. Gaul mesra.
3. Masukkan ubi keledek, kemudian masukkan air sama paras atau agak-agak supaya ubi keledek masak empuk. Masak hingga kering. Taburkan daun sup yang telah dihiris halus.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Dah boleh guna nak buat inti karipap.

Leave a Reply