Resepi Biskut Cornflakes White Chocolate 3 Bahan

Resepi Biskut Cornflakes White Chocolate 3 Bahan

Tempoh hari saya minta adik belikan sedikit white chocolate untuk dijadikan hiasan kek. Tapi tak sangka pula dia beli satu bar yang sangat besar! Jadi saya pun mula tercari-cari resipi yang boleh habiskan lebihan white chocolate ni. Tiba-tiba terjumpa pula satu resipi yang sangat mudah di reels. Nampak menarik, terus rasa nak cuba.

Resipi ni cuma guna 3 bahan sahaja:

  • White Chocolate Bar/Coin

  • 1 sudu besar butter

  • Cornflakes (guna yang biasa, jangan guna honey sebab nanti jadi terlalu manis)

Cara Membuat:

  1. Senang sangat! Cairkan white chocolate bersama butter. Boleh guna kaedah double boil atau panaskan dalam microwave. Lepas tu campurkan dengan cornflakes yang telah ditumbuk, dikisar atau diramas kasar.

  2. Ratakan nipis dalam loyang dan biarkan ia mengeras seketika. Saya rasa biar saja di suhu bilik pun sudah cukup. Kalau masukkan dalam peti ais, nanti agak susah pula nak potong cantik.

Sebenarnya saya buat biskut ni untuk jamuan sekolah anak saudara saya. Tapi sebab semalaman letak dalam peti ais, pagi tu jadi terlalu keras dan tak sempat nak potong sebelum ke sekolah. Akhirnya dia bawa cookies yang dibeli di 7-Eleven sahaja.

Tak mengapa, rezeki kami pula makan di rumah. Lepas keluarkan dan biarkan sekejap di luar, barulah mudah dipotong. Menarik juga kalau dibuat sebagai juadah raya nanti — ringkas, cepat dan sedap! 😋✨

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*