‘Memijak Al-Quran Adalah Satu Penghinaan Terbuka Terhadap Agama’ – Ustaz Wadi Annuar
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil bersuara susulan isu seorang individu baru-baru ini telah didakwa bertindak memijak al-Quran.
Perbuatan biadab
Memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun. Ia satu penghinaan terbuka terhadap agama. Undang-undang mesti bertindak tegas dalam perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Menerusi hantaran di Threads, Ustaz Wadi menegaskan bahawa perbuatan sedemikian jelas mencabar sensitiviti umat Islam dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk penghinaan terhadap kesucian serta maruah agama yang seharusnya dihormati oleh semua pihak.
Memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun.
Ia satu penghinaan terbuka terhadap agama.
Justeru, Ustaz Wadi Annuar menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat supaya kesucian al-Quran serta agama Islam tidak dipandang ringan atau diperlekehkan sesuka hati.
Undang-undang mesti bertindak tegas dalam perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan Ustaz Wadi dan mengecam tindakan tidak bermoral individu berkenaan.
Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan kaki seorang individu memijak al-Quran dan turut tular tangkap layar sebuah hantaran yang didakwa telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Susulan itu, seorang penuntut sebuah universiti berusia 21 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan.
Sumber: Threads, Buletin TV3

Leave a Reply