Dua penjawat awam kena denda RM1,000, lapan jam khidmat masyarakat
Kangar: Akibat membuang puntung rokok di tempat awam, tiga lelaki masing-masing didenda RM1,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama lapan jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas dua penjawat awam Idzham Husin, 43, dan Ahmad Nasri Mohammad Yusof, 47, serta pemandu jengkaut Putra Che Ani, 59, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 30 hari sekiranya semua mereka selaku Orang Kena Saman (OKS) gagal membayar denda selain tempoh khidmat masyarakat perlu diselesaikan dalam enam bulan.
Semua mereka didakwa membuang puntung rokok di tempat awam dan bukan dalam bekas diperuntukkan masing-masing di Dataran Sena Indah, Jeti Kuala Perlis dan di depan sebuah bank di sini pada 1, 2 dan 15 Januari lalu.

Leave a Reply