Seorang Lelaki Berkahwin Dua Wanita Serentak Sekaligus, Banyak Yang Ingin Meminta Petua Dan Ingin Berguru

Seorang Lelaki Berkahwin Dua Wanita Serentak Sekaligus, Banyak Yang Ingin Meminta Petua Dan Ingin Berguru

Nasib bukan kat Malaysia. Lelaki dari Indonesia ini menikah dengan dua orang wanita serentak, ramai netizen mulai minta petua dan ingin berguru dengannya.

Sebuah video yang memaparkan majlis pernikahan seorang lelaki dengan dua wanita secara serentak menjadi tular di internet dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Lelaki Menikah Dua Wanita Serentak

Dalam majlis yang dikatakan berlangsung di Lombok itu, seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan cantik.

Turut berada di hadapan mereka ialah seorang lagi lelaki dipercayai jurunikah kelihatan bersiap sedia untuk menikahkan pasangan tersebut.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh tetamu yang duduk di atas sebuah permaidani di hadapan pasangan pengantin.

Netizen Kagum Dan Minta Petua

“Tular lelaki dari Lombok nikahi dua wanita sekali gus. Kedua-duanya cantik dan masih muda,” tulis pengguna akaun @smart.gram dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Rata-rata pengguna mengagumi lelaki tersebut dengan meninggalkan komen yang meminta agar mereka turut diajar ‘ilmu’ kahwin dua secara serentak.

“Ambil saya jadi muridmu,” komen seorang netizen.

“Mari kita berguru dengannya @bima_anugrah05,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI

Mungkin kedua wanita ini sedari awal boleh menerima bahawa meraka akan hidup berpoligami. Jika tidak mana mungkin mereka mampu setenang itu sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Betul tak?

BB: Wah menang besar brader ni!

Sumber : Kosmo Online / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*