Kandungan Hamil 7 Bulan, Siti Sarah Dan Sekeluarga Telah Disahkan Positif Covid-19

Kandungan Hamil 7 Bulan, Siti Sarah Dan Sekeluarga Telah Disahkan Positif Covid-19

Kandungan baru hamil selama 7 bulan, penyanyi Siti Sarah diuji dengan dugaan besar apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19.

Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkata dia dan suami, Shuib Sepahtu serta ketiga-tiga anak mereka baharu sahaja mendapat tahu tentang keputusan ujian calitan yang dilakukan pada Isnin.

“Kami dah dapat keputusan swab test pagi ini (Selasa)… dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni… kami serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Sarah memaklumkan perkara itu di Instagram pada Selasa.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan mahu terus kekal positif demi keluarganya.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya.

“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ini bagi pihak saya,” ujarnya.

Pada Isnin, Sarah memuat naik satu video menunjukkan mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan di kediamannya di Puchong, Selangor.

Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni… kami serahkan semuanya kepada Allah.

SITI SARAH

PENYANYI

Sarah sekeluarga membuat ujian tersebut selepas pembantu rumahnya terlebih dahulu dijangkiti virus berkenaan.

“Jantung ni macam nak jatuh bila maid saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah, yang saya risau anak-anak dan baby dalam perut ni.

“Saya kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan (usia kandungan),” katanya.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 7, dan Ariq Matin, 5.

BB: Semoga cepat sembuh. GWS!

Sumber: Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*