Ini Cara Mudah Nak Bezakan Alatan Gajet Ori Atau Tiruan

Produk ori memang mudah untuk dicetak r0mpak dan direka seakan-akan sama sampaikan pengguna keliru yang mana ori dan tiruan. Sebelum anda membeli barangan berjenama terutamanya barangan gajet pastikan anda semak tip ini agar anda tak ditipu.

1. Semak pada pembungkusannya

Pengilang tiruan tidak begitu kisah tentang rekaan pada pembungkusan produk berbanding pengilang rasmi yang sangat menitikberatkan kualiti dan kesempurnaan rekaan produk mereka. Perkara penting yang anda perlu semak ialah kualiti cetakannya sama ada font dan tulisannya jelas, kedudukannya konsisten serta tiada bahagian di dalam yang longgar. Semakan ini penting kerana pengilang rasmi akan sentiasa memastikan barangan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak semasa penghantaran.

2. Perhatikan manual pengguna

 

 

 

Manual pengguna boleh diibaratkan pasport untuk setiap barangan gajet. Semua maklumat penting tentang peranti haruslah menggunakan bahasa asal negara penjual. Jika terdapat bahasa lain yang anda tidak faham dan sukar untuk membacanya, berkemungkinan ia adalah peranti yang diseludup ataupun tiruan.

3. Tengok jenis material yang digunakan

Bahan-bahan seperti plastik, getah, ataupun aluminium boleh dilihat sama ada ia daripada jenis yang berkualiti tinggi atau tidak. Pengeluar barangan berjenama tidak akan sesekali menggunakan bahan yang tidak berkualiti. Plastik pembungkusan barangan ori mestilah kemas dan tiada kerosakan atau ketidaksempurnaan. Barangan tiruan mudah dikenalpasti kerana ia menggunakan plastik murah dengan warna matte dan permukaannya tidak teratur.

4. Lihat jenis font yang digunakan

Sebelum membeli barangan ori, pastikan anda teliti logo dahulu kerana logo adalah perkara utama bagi barangan berjenama. Logo barangan jenama tidak akan nampak kusam walaupun selepas bertahun-tahun digunakan kerana logo tersebut mudah dikenali. Semua jenis font dan simbol pada peranti mestilah jelas, boleh dibaca dan tahan lama. Jika barangan tiruan, ia tidak mempunyai nama pengilang dan mempunyai perbezaan dari segi reka bentuk produk.

5. Semak aIat pengecas

Pengecas original perlu disesuaikan mengikut negara pembeli. Jika di Malaysia, pengecasnya perlulah mempunyai soket yang sesuai untuk pengguna Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain. Sekiranya anda membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini petanda barangan tersebut tiruan. Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna apabila menggunakan produk mereka. Disebabkan itulah barangan ori menggunakan penebat berkualiti dengan kemasan yang sempurna.

6. Perhatikan wayar dan plug

Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas untuk memastikan ia barangan tiruan. Jika produk ori, kabel wayarnya kelihatan kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian longgar. Perhatikan kepanjangan plug, ia tidak bertepatan dengan kedalaman soket, selain memerhatikan juga kualiti penebat dan simbol di atasnya.

Sumber: Bright Side

Leave a Comment

error: Content is protected !!