Berbulan Tak Mendapat Cahaya Matahari, Penduduk Nekad Mencipta ‘Matahari’ Sendiri

Pekan Viganella tidak menerima sinaran matahari selama 3 bulan dalam setahun dek kerana terlindung dengan Pergunungan Alps. Satu perkampungan yang terleak di pedalaman Itali nekad untuk mencipta sendiri matahari.

Untuk mengatasi masalah tiada matahari selama 90 hari tersebut, penduduk di situ telah membuat sendiri matahari secara beramai-ramai. Bermula pada tahun 2006, penduduk Viganella telah membuat satu cermin besar menggunakan kepingan logam.

Matahari ciptaan mereka itu berukuran kira-kira 8 kali 5 meter dan ditempatkan di tempat yang tinggi untuk membiaskan cahaya matahari ke arah pekan berkenaan.

Memetik laporan News 18, ‘matahari’ ciptaan penduduk itu juga boleh dikawal menggunakan komputer dan akan mengikuti pergerakan matahari bagi menyinari penduduk di situ

Dalam satu video Tiktok @dr.karanr, beliau ada menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pembinaan ‘matahari’ oleh penduduk di situ dari sudut sains. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni.

Bertuahlah negara kita sentiasa disinari cahaya matahari kan. Tapi tulah, panas sangat pulak : )

Sumber: Siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*