lnilah Zikir Pagi dan Petang Daripada RasuIuIIah ﷺ Untuk Menjauhkan KeceIakaan

lnilah Zikir Pagi dan Petang Daripada RasuIuIIah ﷺ Untuk Menjauhkan KeceIakaan

عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Dari Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin ‘Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan;

BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA’AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII’UL ‘ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan digαnggu oleh sesuatupun.” (Sunan Tirmidzi No: 3310) Status: hadis hasan sahih

Penting untuk peringatan :

1. Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir mengingati Allah.

2. Pelbagai jenis zikrullah boleh dibaca, sama ada mengikut peristiwa, perkara yang ingin dilakukan atau masa tertentu.

3. Ada zikrullah yang digalakkan untuk dibaca pada pagi dan petang, antaranya:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudarαtkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui)

4. Barangsiapa yang membaca zikir di atas pada pagi dan petang hari sebanyak 3 kali, dengan izin Allah, dia akan dijauhi dari sesuatu kecelαkaan.

Ayuh kita amalkan bacaan zikir ini yang boleh dibaca sebaik-baiknya selepas solat Asar dan Subuh.

Selamat beramal

Sumber: Kifarahmedia

Leave a Comment

error: Content is protected !!