“Ya Allah..Tembok Pagar Masjid D1cont3ng”, Polis Jalankan Sias4tan
IPOH- Polis menyiasat kejadian tembok pagar sebuah masjid di Taman SPPK di sini yang dic0nt3ng menggunakan semburan cat merah pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima lap0ran itu daripada seorang ahli jawatankuasa masjid yang berusia 60 tahun.
“K3jadi4n disedari pada jam 5.15 pagi sebaik pengadu tiba di masjid dan terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada pagar utama masjid itu.
“Pengadu memaklumkan setiap pagi dia akan memasang alunan bacaan al-Quran selama lebih kurang 10 minit sebelum mengalunkan azan Subuh,” katanya di sini pada Rabu.
Menurutnya, siasatan mendapati, tiada individu atau kumpulan yang menyatakan rasa tid4k pu4s hati berkenaan bunyi yang kuat dari masjid.
“Tiada pihak yang ada menyatakan rasa tid4k puas hati secara zahir melalui lisan ataupun di sosial media.
“Anggaran k3rug1an untuk mengecat kembali pagar lebih kurang RM100,” katanya.
Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun K3seks4an iaitu mencemarkan tempat ibadat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya tidak jelas motif tulisan itu selepas tidak menerima aduan berkaitan perkara itu.
“Kami ada menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan pembesar suara sewaktu azan atau sesi kuliyah. Semua masjid perlu mengikuti garis panduan ini.
“Untuk tulisan itu saya tiada komen kerana tidak pasti apa maksudnya selain tidak menerima adu4n bunyi kuat itu,” katanya.
Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!
Sumber:sinarharian.com