Warga emas lari daripada PKPD pvnca 7 ahli keluarga telah dijangkiti C0vid 19

BACHOK- Tindakan seorang warga emas dari Mukim Bunut Susu melarikan diri menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap kampung itu, untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga menyebabkan tujuh ahli keluarganya dijangkiti Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya yang terletak di Pulau Beluru, Tumpat.

“Kita mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendengar kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD, selain mahu menyambut Aidilfitri.

“Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif Covid-19. Setakat ini, kita masih mengesan kontak rapat warga emas berkenaan untuk dilakukan ujian swab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Covid-19 menular sejak 7 Mei lalu di Kampung Pauh Lima melibatkan lokasi yang bersempadanan antara Bachok dan Kota Bharu membabitkan 1,032 penduduk.

Pada masa sama, tular dakwaan mengatakan kumpulan kariah yang mengadakan solat berjemaah secara bersembunyi di dalam gelap dan secara rapat-rapat hingga tercetus penularan pandemik di kampung berkenaan.

Dr Zaini berkata, berdasarkan keterangan ahli kariah yang positif Covid-19 di Kampung Pauh Lima ada yang mengaku terhadap dakwaan solat berjemaah di sebuah surau di kampung berkenaan, namun ada juga yang menafikan dakwaan itu.

Sumber : sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*